Khairy ulangi sikap terbuka tidak disenarai dalam Kabinet

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, beliau tidak terkilan kerana tidak dilantik menyertai Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak minggu lalu.

Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, pelantikan Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim dan Datuk Mukhriz Mahathir adalah satu pengiktirafan kepada parti itu.

Khamis lalu, Najib telah mengumumkan pelantikan Razali sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan manakala Muhkriz yang tewas dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda dalam pemilihan parti bulan lalu pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Saya lihat pelantikan Razali dan Mukhriz inilah satu pengiktirafan kepada Pemuda Umno secara keseluruhannya," kata beliau dalam ucapan majlis serah tugas sayap parti itu di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Beliau, pada masa yang sama turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Najib atas pelantikan kedua pemimpin terbabit.

Tegas Khairy, pada ketika ini beliau akan menumpukan sepenuh masanya untuk memperkuatkan kembali sayap Pemuda.

"Untuk waktu ini saya tumpu sepenuh masa dengan Pemuda Umno untuk merangka strategi untuk mendapatkan kembali sokongan generasi muda.

"Ini satu tugas penting yang diamananhkan kepada saya oleh Perdana Menteri," katanya.

Dalam majlis penyerahan tugas itu, Khairy turut melantik Penolong Setiausaha, Penolong Bendahari, Ketua Penerangan dan Setiusaha Kerja yang baru bagi sayap parti itu.

Bagi jawatan Penolong Setiausaha, Khairy telah melantik Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid menggantikan Datuk Abd Rahman Dahlan yang telah melepasi had umur sebagai ahli Pemuda Umno.

Beliau juga melantik Datuk Rozabil Abd Rahman sebagai Penolong Bendahari menggantikan Datuk Hamid Nazahar.

Datuk Reezal Merican Naina Merican yang tewas dalam perebutan jawatan Naib Ketua dalam pemilihan parti bulan lalu dilantik sebagai Ketua Penerangan menggantikan Datuk Azimi Daim manakala Shaiful Hazizy Zainol Abidin dilantik sebagai Setiuasaha Kerja yang baru menggantikan Shahrul Azman Yahya.

Tambahnya, beliau telah melantik mereka yang berpengalaman dan berdedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

"Saya berharap barisan baru yang telah dilantik ini akan memberikan kerjasama yang mantap terutamanya dalam membantu mengembalikan sokongan orang Melayu kepada Umno dan Barisan Nasional," katanya.

Menurut Khairy, pergerakan Pemuda juga akan mengadakan kem kerja pada 1 hingga 3 Mei depan bagi merangka pelan strategi dalam usaha mengembalikan kenyakinan generasi muda.

Dalam ucapannya Khairy berkata beliau akan turut melantik beberapa Exco tambahan peringkat pusat dan Ketua Pemuda Negeri bagi melicinkan pentadbiran sayap parti itu.

"Insya-Allah sebelum penghujung bulan ini saya akan umumkan pelantikan Exco-exco tambahan dan dan juga Ketua-ketua Pemuda Negeri

"Tadi saya dah bincang dengan Datuk Razali untuk mendapatkan pandangan kita tentang pelantikan itu. Saya cuma perlu berjumpa atau berbincang dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka sebelum saya dapat buat pengesahan. Setelah dapat pengesahan kita akan lantik,”katanya.

Jelasnya, sehingga kini beliau telah mendapat beberapa nama yang sesuai untuk menyandang jawatan Exco tambahan dan Ketua Pemuda Negeri manakala calon-clon lain masih dipertimbangkan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan