Kes menipu: Bekas MP Wilayah ditahan SPRM

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang bekas Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kes penipuan.

Ahli politik veteran itu yang ditahan di ibu negara pukul 8.30 malam tadi, dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

Dia kemungkinan dikenakan dua tuduhan.

The Star memetik sumber melaporkan, bekas wakil rakyat berkenaan dijangka didakwa di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 199 Kanun Keseksaan.

Ahli politik itu dikatakan telah mula disiasat sejak lebih setahun lalu dan mempunyai dua kad pengenalan, yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta dan memperoleh pinjaman bank.

SPRM telah membuka semula kertas siasatan walaupun sebelum ini menemui jalan buntu ekoran ketiadaan bukti mencukupi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan