Isu Kabinet: MIC bincang Khamis ini, Samy nafi minta jawatan Senator

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, isu rasa tidak puas hati parti itu berhubung peruntukan kerusi dalam Kabinet baru akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu Khamis ini.

Bagaimanapun, beliau menafikan bahawa parti itu telah meminta jawatan Senator bagi dirinya supaya beliau dapat dilantik ke Kabinet seperti didakwa oleh sebuah berita portal, sambil menegaskan "ini bukan cara saya."

"Kami akan mendengar pandangan semua pemimpin sebelum keputusan diambil. Saya juga akan memohon mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Samy Vellu berkata demikian ketika mengulas laparan akhbar yang memetik sumber bahawa MIC sedang mengkaji cadangan menarik diri seorang menteri dan dua timbalan menteri dari parti itu dari Kabinet sebagai bantahan terhadap kekurangan kepentingan yang diberikan kepada masyarakat India di negara ini.

Laporan media itu juga menyebut MIC telah memohon portfolio kanan dalam Kabinet iaitu Kementerian Kerja Raya tetapi permintaan itu ditolak.

Berkaitan dengan perkara itu, Samy Vellu dipetik Bernama berkata, mereka tidak susah hati kerana ia merupakan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya berpendapat pada masa depan Perdana Menteri harus mempertimbangkan peruntukan portfolio kanan dalam Kabinet kepada MIC," katanya.

Mengulas dakwaan pelantikan jawatan Senator dan kedudukan dalam Kabinet kepada beliau, Samy Vellu berkata: "Pelantikan menteri merupakan hak Perdana Menteri."

"Laporan portal itu adalah karut dan muslihat yang nakal," katanya mengenai dakwaan laporan itu yang menyatakan MIC ingin mengeluarkan keanggotaannya dalam Kabinet yang diumumkan Khamis lalu.

Bekas Menteri Kerja Raya itu berkata, beliau akan berbincang dengan peguamnya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap penulis berita tersebut dan berita portal itu yang cuba menjejaskan imej MIC.

Ketika pertemuan dengan Najib dua hari sebelum pengumuman barisan Kabinet baru, Samy Vellu menjelaskan bahawa beliau telah mengemukakan nama Setiausaha Agung MIC Datuk Dr S. Subramaniam untuk jawatan menteri dan Datuk S.K. Devamany dan Datuk M. Saravanan untuk jawatan timbalan menteri.

"Saya tidak mengungkitkan soal jawatan senator. Ia bukan cara saya untuk memberitahu Perdana Menteri dengan apa yang kita mahu kerana ia merupakan hak Perdana Menteri untuk memutuskan barisan Kabinet," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan