Anggota Kabinet baru masuk pejabat, sempurna serah tugas

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anggota Kabinet yang mengangkat sumpah di Istana Negara Jumaat lalu memulakan tugas masing-masing secara rasmi pagi ini termasuk menyempurnakan majlis serahan tugas.

Beberapa anggota jemaah menteri - muka baru dan yang ditukar portfolio - memasuki pejabat baru masing-masing bermula pukul 8.30 pagi tadi.

Pukul 9 pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan tugas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada penyandang yang baru, Datuk Mustapa Mohamed di kementerian itu, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Muhyiddin, Timbalan Presiden Umno dan juga Menteri Pelajaran akan memasuki pejabat sebagai Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya pada pukul 12 tengah hari. Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menerima tugas di kementerian itu di Blok E, Kompleks Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Dato Onn pada pukul 9.45 pagi.

Shahrizat pernah menerajui kementerian itu sehingga Mac 2008. Beliau tidak disenaraikan dalam Kabinet 2008 tetapi kembali kali ini sebagai anggota Dewan Negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula menerima tugas di Dataran Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi ini.

Sebelum ini Zahid yang juga Naib Presiden Umno, merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha pula menerima tugas di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Pusat Bandar Damansara juga pada pukul 10 pagi.

Turut menerima tugas pagi ini ialah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen yang sebelum ini merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ng menggantikan Datuk Azalina Othman Said akan menyempurnakan upacara itu di Tingkat 36, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra pukul 3 petang ini.

Di Putrajaya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar menerima tugas pukul 8.30 pagi tadi. Sebelum ini beliau merupakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan