Rosol jamin tidak kemuka usul undi tidak percaya terhadap MB

Diterbitkan: Ahad, 12 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TIADA USUL... Datuk Rosol Wahid (kiri) memberi jaminan beliau tidak akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said (kanan) pada persidangan DUN yang akan bermula esok.
TIADA USUL... Datuk Rosol Wahid (kiri) memberi jaminan beliau tidak akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said (kanan) pada persidangan DUN yang akan bermula esok.

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid memberi jaminan beliau tidak akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bermula esok.

Malah beliau turut menafikan sekeras-keranya dakwaan yang mengatakan bahawa beliau akan mengetuai beberapa lagi ADUN Barisan Nasional (BN) untuk berbuat demikian.

"Tak ada... tak ada rancangan nak buat begitu (usul undi tidak percaya).

"Saya jamin saya tak akan kemuka sebarang usul undi tak percaya kepada Menteri Besar," katanya kepada mStar Online.

Persidangan DUN Terengganu mulai esok sehingga Rabu ini akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Jelasnya lagi, dakwaan tersebut sememangnya tidak berasas dan beliau turut hairan mengapa namanya dikaitkan dengan perkara tersebut.

"Ini semua tidak betul, saya pun pelik kenapa orang kaitkan nama saya dengan benda-benda begini," katanya.

Desas-desus yang mengatakan ada ADUN BN akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Said mula tersebar sejak beberapa minggu lepas.

Sebelum ini, khabar angin turut mengatakan bahawa jawatan Menteri Besar akan bertukar tangan pertengahan tahun ini, malah perkara tersebut semakin hangat diperkatakan sejak Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Khabar angin itu mengatakan bahawa akan ada perubahan beberapa jawatan Menteri Besar termasuk Terengganu di bawah pentadbiran Najib.

Bagaimanapun jelasnya, beliau tidak dapat memastikan jika ada ADUN lain yang ingin mengutarakan usul berkenaan.

"Orang lain saya tak pastilah macam mana, itu terpulang kepada merekalah, tapi bagi saya memang tak ada," katanya.

Beliau turut mengesahkan akan menghadiri persidangan DUN yang akan bermula esok.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar yang memberi amaran bahawa ADUN BN yang mengemukakan usuk undi tidak percaya terhadap kepimpinannya akan dipecat, Rosol berkata, amaran tersebut terpulang kepadanya.

"Terpulang kepada beliau nak beri amaran, tapi kita pun tak pasti amaran tersebut ditujukan kepada siapa atau pihak mana," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan