Palanivel: Kementerian Sumber Manusia bukan portfolio junior

Diterbitkan: Ahad, 12 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel bersetuju MIC sebagai parti komponen kanan dalam Barisan Nasional (BN) wajar diberikan perwakilan besar dalam Kabinet dan badan-badan membuat keputusan kerajaan yang lain.

Pun begitu kata Palanivel, beliau tidak mengetahui adanya mesyuarat kelmarin yang dikatakan telah membincangkan syor untuk membawa keluar wakil MIC dari Kabinet semasa ekoran dakwaan rasa tidak puas hati.

"Jika mesyuarat sedemikian telah diadakan, saya sudah pasti tahu mengenainya.

"Setiausaha Agung MIC dan Ketua Penerangan MIC juga telah menafikan mereka mengetahui tentang syor sedemikian," kata bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor itu.

Kata beliau, di banyak negara kementerian-kementerian seperti sumber manusia, pembangunan sosial dan alam sekitar dianggap sebagai portfolio penting dan dipegang oleh menteri-menteri yang kanan.

"Oleh itu, saya tidak akan menganggap kementerian sumber manusia sebagai kementerian junior memandangkan ia berkisar pada pembangunan manusia.

"Saya secara peribadi menganggap, dengan pengalaman baru, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. Subramaniam (Setiausaha Agung MIC) telah melakukan yang terbaik setakat ini, begitu juga dua timbalan menteri Datuk S.K. Devamany dan Datuk M. Saravanan," katanya.

MIC menimbangkan kemungkinan mengeluarkan keanggotaannya dari Kabinet baru yang diumumkan Khamis lalu.

Parti komponen BN itu mahu berbuat demikian kerana tidak diberikan keutamaan yang seimbang dan signifikan dalam barisan jemaah menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Pertimbangan untuk keluar Kabinet itu diputuskan kelmarin iaitu pada hari yang sama jemaah menteri mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Bilangan perwakilan MIC dalam Kabinet kekal dengan seorang menteri dan dua timbalan menteri sebagaimana diperuntukkan Mac 2008.

Justeru, Palanivel yang pernah memegang jawatan timbalan menteri sehingga Mac 2008 berkata, beliau berharap Najib akan menyerapkan mereka yang berpengalaman dalam jawatan-jawatan bertaraf penasihat.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan