Liow mahu siasatan kebakaran Hospital Putrajaya disiap segera

Diterbitkan: Ahad, 12 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERSELERAKAN... Beginilah keadaan wad 3C yang berselerakan apabila sebahagian wad di tingkat tiga Hospital Putrajaya terbakar dipercayai disambar petir ketika hujan lebat, petang semalam. - fotoBERNAMA
BERSELERAKAN... Beginilah keadaan wad 3C yang berselerakan apabila sebahagian wad di tingkat tiga Hospital Putrajaya terbakar dipercayai disambar petir ketika hujan lebat, petang semalam. - fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengarahkan supaya siasatan kebakaran di wad 3C Hospital Putrajaya disiapkan segera sebelum kerja-kerja pemulihan dan pembaikan dapat dilakukan.

Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, kerja-kerja membaik pulih bahagian yang rosak tidak boleh dilaksanakan selagi proses siasatan masing berjalan.

Katanya, kerja-kerja pembaikan perlu dilaksanakan segera bagi memastikan operasi hospital dan kebajikan para pesakit tidak terganggu.

"Susulan dari kebakaran itu, wad 3A, 3b, 3C dan 2C terpaksa dikosongkan. Seramai 50 pesakit yang terlibat telah dipindahkan ke hospital lain untuk meneruskan rawatan," katanya dalam sidang akhbar selepas melawat kawasan kejadian di Hospital Putrajaya di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.10 petang semalam, sebahagian kawasan wad di tingkat tiga hospital tersebut terbakar, dipercayai disambar petir sewaktu hujan lebat.

Kebakaran tersebut bagaimanapun berjaya dikawal sepenuhnya tidak berapa lama kemudian.

Liow berkata, 45 pesakit telah dipindahkan ke Hospital Serdang, masing-masing dua di Hosital Universiti Kebangsaan Malaysia dan sebuah hospital swasta serta seorang pesakit di Hospital Kajang.

"Ini merupakan kali pertama kejadian seumpama ini berlaku di hospital ini sejak ia mula beroperasi 10 tahun lalu. Kita mengharapkan siasatan segera dilakukan kerana proses pembaikan perlu dilakukan tanpa sebarang penangguhan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan