Bakal pengganti Fairus diumum Rabu, Anwar serah nama esok

Diterbitkan: Ahad, 12 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Bakal pengganti Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan anggota Exco kerajaan negeri akan diumumkan Rabu depan, kata Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Katanya, beliau masih menunggu maklum balas dari Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung calon yang akan dilantik bagi mengisi jawatan itu.

Dalam pada itu, Anwar memberitahu wartawan di sini petang ini bahawa beliau akan menyerahkan nama kepada Lim esok.

"Walaupun saya diberi kuasa melantik timbalan saya tetapi atas semangat setiakawan, saya telah meminta Anwar untuk menamakan seorang calon bagi mengisi jawatan itu dan ia dijangka diumumkan Rabu depan," kata Lim kepada pemberita selepas menghadiri majlis mengangkat anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di sini hari ini.

Lim berkata, Anwar memberi tempoh sehingga hari ini bagi mempertimbang calon Timbalan Ketua Menteri 1 dan anggota Exco kerajaan negeri itu.

"Saya memutuskan untuk memberi Anwar lebih masa menimbangkan perkara itu," kata beliau dipetik Bernama.

Semalam, Lim dipetik sebagai berkata bahawa Anwar memaklumkannya bahawa calon itu mestilah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) berbangsa Melayu.

ADUN Batu Maung Abdul Malik Abul Kassim dan ADUN Sungai Bakap Maktar Shapee dilaporkan antara calon pilihan bagi mengisi jawatan Timbalan Ketua Menteri 1.

Kerusi itu kosong apabila wakil rakyat dari PKR Mohammad Fairus Khairuddin yang juga ADUN Penanti meletakkan jawatan itu pada 8 April.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan