Anwar tak mahu layan dakwaan Kabinet bayangan mahu guling kerajaan

Diterbitkan: Ahad, 12 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Ketua umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak mahu melayan dakwaan Barisan Nasional (BN) bahawa Kabinet bayangan yang ingin dibentuk pihaknya merupakan satu rancangan untuk menggulingkan kerajaan.

"Biarkan mereka kata apa yang mereka hendak berkata. Lihat apa yang berlaku di Perak, mereka yang mengambil alih kerajaan," kata beliau pada sidang media selepas membuka pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau di Taman Ria Jaya di sini hari ini.

Anwar mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa rancangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk membentuk Kabinet bayangan menunjukkan beliau merancang untuk menggulingkan kerajaan.

Muhyiddin juga berkata, rancangan sedemikian merupakan usaha kali kedua oleh Anwar.

Anwar pernah menggerakkan usaha untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru menjelang 19 September lalu tetapi idea itu tidak menjadi kenyataan.

Pada Khamis lalu, Anwar mengumumkan bahawa komponen Pakatan Rakyat iaitu PKR, DAP dan PAS telah bersetuju untuk membentuk Kabinet bayangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan Kabinet beliau Khamis lalu.

Kata Anwar, anggota Kabinet bayangan itu akan terdiri daripada wakil ketiga-tiga parti berkenaan.

Ketiga-tiga parti berkenaan telah bersetuju dan turut telah mengemukakan nama untuk mengisi panel berkenaan.

"Saya belum mengumumkan nama-nama itu lagi tetapi saya kemungkinan berbuat demikian selepas mesyuarat kami yang akan datang. Panel itu akan diketuai oleh ahli-ahli Parlimen," katanya.

Majlis itu turut dihadiri oleh bekas ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam; Pengerusi Perhubungan PKR Kedah, Ahmad Kassim dan ADUN yang baru dipilih, S. Manikumar.

Manikumar memenangi pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau Selasa lalu.

Selain di Taman Ria Jaya, Manikumar juga membuka pusat khidmatnya di pekan Bukit Selambau.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan