Umno cuba perbaiki trend penguni semua kaum - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno akan berusaha memperbaiki trend pengundian semua kaum terhadap calon dari Barisan Nasional (BN) bagi mempastikan kemenangan berpihak semula kepada parti itu.

Timbalan Presiden Umno itu berkata ini kerana berdasarkan keputusan pilihan raya kecil di Parlimen Bukit Gantang, Perak, masih belum kelihatan satu perubahan yang ketara berhubung sikap pengundi terhadap BN.

"Kalau ikut formula di situ pengundi majoritinya Melayu dan kalau ikut formula biasa majoriti Melayu kita menang tapi sekarang majoriti Melayu tidak boleh pastikan kemenangan kita kerana Melayu sudah berpecah.

"Dan kita pada waktu kempen mengharapkan mudah-mudahan undi dari kaum bukan Melayu akan berubah dan bertambah tetapi bila undi Melayu telah berpecah, undi dari bukan Melayu tidak berubah malah makin berkurang dan akhirnya kita kalah.

"Harap ini tidak merupakan satu trend tetapi ia nampak seperti itu. Sebab itu kita berhadapan dengan satu senario yang agak serius dan justeru proses pembaharuan harus dilaksanakan secepat mungkin," katanya ketika berucap pada majlis bersama petugas Umno dan Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini malam ini.

Pada pilihan raya kecil itu, PAS mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang apabila calonnya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi pilihan raya kecil kawasan itu dengan memperoleh majoriti 2,789 menewaskan calon dari BN, Ismail Saffian.

Muhyiddin dalam pada itu menyeru agar bangsa Melayu kembali bersatu di bawah perjuangan Umno kerana Umno merupakan satu-satunya parti yang relevan dalam memperjuangkan nasib Melayu.

"Walaupun kita perjuangkan nasib Melayu tetapi kita juga adil pada kaum lain tetapi ada yang kata kita tidak adil kepada mereka. Justeru kita perlu bertindak sekarang sebelum terlewat.

"Kita juga perlu menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan berusaha kembalikan sokongan rakyat kepada kita," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan