Pelbagai pihak sambut baik barisan Kabinet baru

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa persatuan dan parti politik hari ini menyambut baik pelantikan Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Pelajaran di samping barisan kabinet yang dianggap mantap serta mampu membawa pembaharuan dalam negara.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Lok Yim Pheng berkata pihaknya yakin dengan pelantikan Muhyidin sebagai Menteri Pelajaran, sektor pendidikan akan terus maju serta berharap segala masalah yang dihadapi guru dapat diatasi segera.

"Pelantikan Timbalan Perdana Menteri sebagai Menteri Pelajaran membuktikan kementerian ini merupakan kementerian penting dan menunjukkan betapa sektor pendidikan memerlukan perhatian khas," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Presiden Persatuan Bekas Kastam Malaysia (Perbekas), Datuk Abd Rahman Manan pula melahirkan keyakinan terhadap barisan kabinet baru serta gandingan mantap Muhyidin bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Dengan pelantikan Muhyidin sebagai orang kedua negara serta menerajui kementerian pelajaran, diharap beliau mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat serta menangani kemelesetan ekonomi global," katanya.

Beliau berkata Perbekas turut menyambut baik langkah Perdana Menteri untuk mewujudkan jawatan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) yang betaraf menteri bagi menangani krisis ekonomi global.

Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas turut mengucapkan tahniah kepada Najib atas pembentukan "Babinet rakyat" yang mencerminkan kemajmukan masyarakat Malaysia.

Beliau berkata rakyat perlu memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk merealisasikan tuntutan mereka terhadap pembaharuan dalam pentadbiran negara serta mencapai prestasi ekonomi yang mantap.

Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri pula berkata pelantikan semula Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai Menteri Pengangkutan membolehkan beliau meneruskan program yang telah diatur untuk memperkemas serta memantapkan agensi di bawah kementerian itu.

Sementara itu presiden Transparency International Malaysia (TIM), Datuk Paul Low yang turut mengalu-alukan barisan kabinet itu, berkata pelantikan muka baru yang cekap dan bersih sebagai menteri adalah petanda baik untuk pentadbiran baru.

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye pula berkata ini jelas menunjukkan telah sampai masanya untuk sebuah kerajaan berorientasikan rakyat dan tindakan, bermula dengan kabinet yang sensitif kepada keperluan rakyat dan negara terutama dalam menghadapi masa sukar ini. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan