Najib selamat walaupun hotel penginapannya cuba diserang perusuh

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Beratus-ratus penunjuk perasaan merempuh masuk ke pekarangan Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya dalam usaha mengganggu Sidang Kemuncak Asean ke-14.
Beratus-ratus penunjuk perasaan merempuh masuk ke pekarangan Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya dalam usaha mengganggu Sidang Kemuncak Asean ke-14.

PATTAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-14 selamat walaupun tempat penginapannya - Royal Cliff Grand Hotel di sini cuba diserbu masuk oleh perusuh antikerajaan Thailand kira-kira pukul 2 petang tadi.

Bagaimanapun, para perusuh itu telah meninggalkan tempat itu setengah jam kemudian setelah mengadakan rundingan dengan pasukan keselamatan.

Hotel itu, yang terletak berhadapan tempat mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN, Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya (Peach) juga turut menempatkan pemimpin negara ASEAN yang lain termasuk Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva.

Beberapa helikopter kelihatan berlegar-legar di ruang udara hotel itu.

Sebelum itu, beratus-ratus penunjuk perasaan merempuh masuk ke pekarangan Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya dalam usaha mengganggu Sidang Kemuncak ASEAN Ke-14 dan sidang kemuncak berkaitan.

Berikutan kejadian itu, jurucakap kerajaan Thailand mengumumkan pembatalan Sidang Kemuncak itu dan Perdana Menteri Thailand pula mengisytiharkan perintah darurat ke atas Pattaya dan Chonburi.

Sidang Kemuncak ASEAN dengan enam rakan dialognya yang sepatutnya bermula pagi ini telah ditangguhkan selepas penunjuk perasaan antikerajaan menghalang semua laluan ke tempat mesyuarat dan bertempur dengan penyokong prokerajaan.

Antara sidang kemuncak yang dijadual bermula pagi ini ialah Sidang Kemuncak ASEAN + China yang telah ditangguhkan apabila Perdana Menteri China Wen Jiabao tidak dapat memasuki tempat mesyuarat di Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya itu.

Adalah difahamkan bahawa anggota delegasi China, yang tinggal di hotel Dusit Thani beberapa kilometer dari situ, enggan bergerak ke tempat mesyuarat walaupun pegawai kerajaan Thailand termasuk Datuk Bandar Pattaya Ittipol Kumpleum, yang menawarkan untuk membawa mereka dengan helikopter atau dengan bot di pusat peranginan tepi pantai itu.

Selain Sidang Kemuncak ASEAN + China, 10 anggota kumpulan ASEAN juga dijadual menghadiri sidang kemuncak dengan Korea Selatan, Jepun dan India, Sabtu manakala Sidang Kemuncak Asia Timur Keempat, yang juga termasuk Australia dan New Zealand, telah dijadualkan pada Ahad. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan