Ibrahim Ali tunggu 'pinangan' Umno - Berita Semasa | mStar

Ibrahim Ali tunggu 'pinangan' Umno

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menunggu 'pinangan' daripada pimpinan Umno, untuk membolehkan beliau kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas.

"Saya tidak akan meminang Umno, kecuali Umno yang meminang saya. Hingga kini saya tidak ada ilham lagi (bila ia akan berlaku)," katanya kepada pemberita ketika ditanya kedudukannya sama ada mahu mengekalkan status sebagai anggota Parlimen Bebas atau ingin kembali semula kepada Umno.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak akan terburu-buru menerima pinangan itu, sekiranya ada, dan akan mempertimbangkannya terlebih dahulu.

"Saya akan timbang semasak-masaknya terlebih dahulu kerana sebarang keputusan yang dibuat secara tergopoh-gapah akan menyebabkan seseorang cepat jatuh," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-7, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di sini, hari ini.

Ibrahim, 57, digugurkan daripada jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 Nov 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004.

Beliau bagaimanapun tewas kepada calon PAS, Ismail Noh.

Beliau sebelum ini membayangkan akan membuat 'satu kejutan' terhadap senario politik dan menunggu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melakukannya terlebih dahulu.

Dr Mahathir mengumumkan menyertai semula Umno semasa perhimpunan Agung Umno 2008, Mac lepas. BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan