ADUN BN kemuka usul undi tidak percaya boleh dipecat - MB Terengganu - Berita Semasa | mStar

ADUN BN kemuka usul undi tidak percaya boleh dipecat - MB Terengganu

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said hari ini berkata mana-mana Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau bakal berdepan tindakan disiplin termasuk dipecat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin yang mengatakan terdapat usul undi tidak percaya terhadap beliau akan dikemukakan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama tiga hari bermula Isnin ini yang akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri serta ADUN Kijal berkata, mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap seorang Menteri Besar dalam persidangan dewan adalah satu perkara serius.

"Jika usul itu datang dari pihak pembangkang, kami di dalam kerajaan akan menolaknya. Jika ia dikemukakan oleh wakil BN, dia akan dipecat, itu biasalah.

"Kalau mendapat sokongan, bubar dewan itu sahaja. Kita terpaksa menerimanya kalau dia nak buat..apa nak kata," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Bukit Takal di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas khabar angin bahawa akan berlaku perubahan beberapa jawatan Menteri Besar termasuk Terengganu di bawah pentadbiran Perdana Menteri baru Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahmad berkata, beliau tidak mengetahui apa-apa tentang hal itu.

"Itu saya tidak tahulah....Terengganu kena tanya Tuankulah," katanya. sambil menyelar pihak media yang disifatkannya sebagai suka mengembar-gemburkan isu yang tidak diketahui kesahihannya. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan