Politik wang: SPRM tahan pemimpin Umno Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang pemimpin Umno dari Sabah hari ini ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes rasuah pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Majistret Nurulhuda Mohd Yusof mengeluarkan perintah tahanan tiga hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan pemimpin berkenaan yang juga pembantu menteri negeri.

Pada mulanya pemimpin berkenaan dipanggil oleh suruhanjaya itu untuk disoal siasat.

Bagaimanapun pegawai SPRM cawangan Sabah enggan mengulas mengenai penahanan tersebut namun tidak menolak kemungkinan pasaukan siasatan khas dari ibu pejabat SPRM Putrajaya akan mengambil alih siasatan kes berkenaan.

Dipercayai SPRM juga telah menahan seorang lagi iaitu ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) dari Sabah untuk disoal siasat.

SPRM juga kini dikatakan sedang menyiasat beberapa rakaman klip video pemimpin negeri memberi wang kepada perwakilan Umno negeri itu bagi menyokong beberapa pemimpin tertentu yang bertanding pada pemilihan Umno akhir bulan lalu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan