Muhyiddin ketuai anggota Kabinet angkat sumpah jawatan

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kiri), Menteri Luar Datuk Anifah Aman, Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom masing-masing melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia selepas menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam satu istidat di Istana Negara hari ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kiri), Menteri Luar Datuk Anifah Aman, Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom masing-masing melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia selepas menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam satu istidat di Istana Negara hari ini.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengetuai barisan menteri dan timbalan menteri yang dilantik semalam mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Upacara penuh adat istiadat itu disaksikan oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Upacara itu yang diadakan di Balairong Seri Istana Negara bermula tepat 9.30 pagi dengan penerimaan surat cara pelantikan oleh Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri.

Beliau melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia dan kemudian menandatangani dokumen rasmi pelantikan disaksikan oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Selepas Muhyiddin, lima menteri kanan iaitu Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan), Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Tan Sri Bernard Dompok (Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) kemudian mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia yang dipimpin Mohamed Nazri.

Selepas itu, acara penyerahan surat cara pelantikan dan melafaz sumpah jawatan dan taat setia bagi menteri dan timbalan menteri pula dijalankan secara berkumpulan antara empat dan lima orang.

Yang turut mengangkat sumpah ialah Datuk Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kesenian), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Peter Chin Fah Kui (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan Datuk Seri Mohd Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi).

Mereka diikuti oleh Datuk Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Dr Maximus Ongkili (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Douglas Unggah Embas (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (Menteri Pelancongan) dan Datuk Noh Omar (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani).

Kemudian diikuti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan), Datuk Shaziman Abu Mansor (Menteri Kerja Raya), Datuk Liow Tiong Lai (Menteri Kesihatan) dan Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan).

Kumpulan seterusnya terdiri daripada Datuk Dr S. Subramaniam (Menteri Sumber Manusia), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (Menteri Kewangan Kedua) dan Datuk Kong Cho Ha (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) kemudian mengetuai kumpulan berikut yang terdiri daripada Datuk Anifah Aman (Menteri Luar), Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri Wilayah Persekutuan) dan Datuk Jamil Khir Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Yang turut mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan masing-masing adalah timbalan-timbalan menteri daripada setiap kementerian.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Seri Norainee Abdul Rahman, isteri Abdullah Tun Jeanne Abdullah dan ister Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah hadir pada majlis itu.

Dif-dif kehormat dan para jemputan yang lain merupakan ahli keluarga barisan kabinet.

Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Jumaat lepas.

Semalam, beliau mengumumkan barisan Kabinet barunya yang terdiri daripada 28 menteri dan 40 timbalan menteri yang merangkumi 25 kementerian.

Selepas upacara itu, Tuanku Mizan berkenan bersama-sama Najib serta barisan Menteri Kabinet dan timbalantimbalan menteri untuk sesi bergambar. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan