Mahathir: BN tidak kendali baik krisis Perak

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulangi pendirian beliau yang tidak bersetuju dengan cara krisis politik Perak dikendalikan, sambil menolak tanggapan bahawa Barisan Nasioanl (BN) mahu menggulingkan kerajaan "kaum Cina" di negeri itu.

"Saya tidak bersetuju dengan cara soal (krisis politik) dikendalikan. BN dengan mudah boleh kembali mendapatkan (kerajaan negeri) Perak menerusi undi tidak yakin," kata beliau dalam tulisan terbaru blognya.

Beliau yang pernah mengutarakan pandangan sedemikian sebelum ini telah turut turun gelanggang berkempen di Bukit Gantang, Perak pada pilihan raya kecil yang berakhir Selasa lalu.

Malah beliau juga berkempen menyokong calon BN di Bukit Selambau.

Ketika berucap pada satu majlis di Simpang, Bukit Gantang Isnin lalu, bekas Pengerusi BN dan Presiden Umno ini menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

Ketika kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang, krisis politik Perak menjadi bahan kempen utama di kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat mendakwa BN merampas kuasa manakala BN pula berhujah Pakatan Rakyat menderhaka kepada Sultan Perak.

Ia mencorakkan arah aliran sokongan di kedua-dua kerusi tersebut.

Malah ada yang mendakwa calon PAS dan Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai "boneka DAP".

Dr. Mahathir menambah, BN begitu ghairah untuk memperoleh kembali kuasa di Perak, malah sentiasa bersikap demikian bagi mendapatkan semula kuasa di kesemua negeri yang ia tewas sama ada pembangkangnya ialah Melayu ataupun Cina.

"BN (juga) bekerja keras untuk mendapatkan balik Kelantan yang diperintah oleh (pemimpin) Melayu," katanya.

Ujar beliau, ketika pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau BN dituduh mahu menjatuhkan kerajaan "Cina" di Perak.

Tegas beliau, tuduhan seumpama itu bersifat perkauman sama sekali.

Oleh itu BN, kata beliau, hanya mahu mendapatkan balik negeri tersebut yang diterajui oleh pembangkang dan tiada kaitan dengan usaha menjatuhkan kerajaan "Cina".

Dengan menggunakan hujah perkauman untuk mendapatkan sokongan kaum Cina, adalah jelas Pakatan jauh daripada dakwaan bahawa ia menggunakan pendekatan pelbagai kaum, kata beliau.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan