KPI tanda keseriusan PM laksana agenda pembangunan

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pendekatan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diperkenalkan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menunjukkan keseriusannya melaksanakan segala agenda bagi pembangunan negara.

Beliau yang menyifatkan ia satu pendekatan yang cukup baik, sudah lama diguna pakai oleh sektor korporat di mana prestasi Ketua Pegawai Eksekutif diukur atas tahap apa yang telah diletakkan sebagai sasaran dan bagaimana ia dicapai.

"Ini satu pendekatan yang cukup baik. Ini bermakna setiap menteri mesti sentiasa peka untuk bergerak dan menuju kepada sasaran yang ditetapkan serta sentiasa ada penilaian.

"Ini bermakna rakyat akan melihat keseriusan Perdana Menteri untuk melaksanakan segala agenda untuk pembangunan negara," katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran Perdana Menteri di Sri Satria, di sini semalam.

Najib ketika mengumumkan barisan kabinet baru hari ini berkata pendekatan KPI diperkenalkan yang menekankan impak, bukannya input, hasil, bukannya keluaran dan akan memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang berbaloi.

Perdana Menteri juga akan terlibat secara peribadi dan langsung untuk mengkaji prestasi semua menteri pada setiap enam bulan.

Mengenai pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran, Muhyiddin menganggapnya sebagai satu tanggungjawab yang besar, memang berat tetapi akan dilaksanakannya sebaik mungkin.

"Tentunya jawatan Timbalan Perdana Menteri ialah untuk membantu Perdana Menteri dalam semua bidang tugas yang biasa diserah kepada timbalan untuk melaksanakannya dan ia selaras dengan hasrat beliau untuk melihat ini satu kabinet yang fokus, kabinet yang bekerja dan ada KPI yang ditetapkan untuk dilaksanakan.

"Saya akan berusaha sedaya mungkin untuk memenuhi aspirasi pimpinan dan tentunya dalam soal pendidikan, ini satu daripada portfolio yang amat besar, tanggungjawab yang amat berat," katanya.

Katanya ini kerana ia berkaitan dengan soal meningkatkan mutu pendidikan negara ke tahap yang cemerlang, meningkatkan mutu pendidikan dan pembelajaran dalam negara, menjaga kebajikan dan meningkatkan martabat keguruan dalam negara.

Muhyiddin turut menyifatkan pelantikannya sebagai Menteri Pelajaran sebagai satu cabaran baru tetapi bukan asing kepadanya kerana percaya dengan sokongan daripada semua pimpinan dalam kementerian, bidang keguruan, terutama masyarakat umum untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan yang diharap akan berjaya.

Mengenai barisan kabinet yang diumumkan, beliau berkata ia cukup mantap kerana merupakan gandingan antara yang berpengalaman dan baru dan ia adalah satu pasukan kabinet yang bekerja selaras dengan hasrat Perdana Menteri untuk melihat kabinet yang berprestasi yang mempunyai tahap yang tinggi sekali.

"Bagi saya, ini adalah kabinet rakyat apalagi setelah menetapkan mesti mencapai satu tahap KPI, ada ukuran yang akan ditetapkan dan dibuat kajian enam bulan sekali.

"Di samping itu, barisan timbalan menteri dengan portfolio tertentu, bukan macam sekarang umum sahaja, ada tugas-tugasnya bermakna seluruh jemaah menteri sama ada menteri atau timbalan menteri akan menjadi satu barisan jemaah yang berkesan dan penting.

"Seperti Perdana Menteri katakan mesti ada impak kesan yang baik yang diharap akan tercapai dan saya yakin rakyat jelata menerima dengan baik barisan kabinet baru ini," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan