Khairy: Terima Kabinet baru dengan hati terbuka

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin mahu ahli-ahli pergerakan itu menerima barisan Kabinet baru diumumkan semalam, yang tidak menyenaraikan beliau selaku Ketua Pemuda Umno, dengan "hati terbuka".

"Kepada ahli-ahli pergerakan Pemuda Umno, terimalah pengumuman ini dengan hati yang terbuka dan terimalah juga cabaran yang diberi kepada kita untuk memenangi dan mengembalikan sokongan pengundi muda dengan penuh iltizam dan kesungguhan.

"Kita semua hendaklah menyokong kerajaan dalam usahanya untuk mendekati rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka dengan berkesan dan menyeluruh," kata beliau dalam blognya semalam - pada hari barisan Kabinet diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Khairy tidak disenaraikan dalam Kabinet baru ini walaupun telah dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru dua minggu lalu.

Bagaimanapun Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan menteri.

Turut dilantik menyertai Kabinet ialah Datuk Mukhriz Mahathir yang tewas kepada Khairy dalam pemilihan lalu.

Ketua Wanita dan Ketua Puteri Umno juga diberikan tanggungjawab dalam Kabinet baru.

Jelas Khairy, beliau telah dipanggil dan dimaklumkan oleh Najib kelmarin bahawa mahu beliau menumpukan perhatian mengukuhkan Pemuda Umno.

"Berdasarkan kepada kemerosotan sokongan pengundi muda kepada Barisan Nasional, kami berdua sepakat dan bersetuju bahawa tanggung jawab dan gerak kerja memenangi pengundi muda adalah satu komitmen sepenuh masa yang menuntut gandingan tenaga dan dedikasi untuk kerja-kerja parti tanpa sebarang tanggungjawab dalam pentadbiran kerajaan," katanya.

"Kepada Datuk Seri Najib, saya ucapkan terima kasih di atas amanah yang diberi dan berikrar untuk memberi sokongan tak berbelah bahagi kepada kepimpinan beliau dan saya juga berjanji untuk bekerja keras untuk memperkasa dan mengukuhkan Pemuda Umno," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan