Kabinet baru: Pembangkang beri reaksi berbeza

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemimpin pembangkang memberi reaksi berbeza terhadap barisan Kabinet baru.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar menyambut baik barisan tersebut tetapi berkata bilangan Menteri sebanyak 28 orang adalah besar sementara kedudukan kementerian masih belum memuaskan.

"Contohnya, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya digabungkan sebagai langkah berjimat terhadap pentadbiran negara dan bagi memastikan saiz yang lebih kecil sejajar dengan keperluan rakyat," katanya.

Anggota Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata Kabinet baru yang membariskan sebahagian muka baru dan lama menampakkan kematangan serta bersih.

"Soalnya, sejauh mana pasukan ini boleh menjadi pasukan kesukaan rakyat. Tetapi jika Kabinet baru ini proaktif, progresif dan agresif membela rakyat, ada harapan rakyat akan kembali menyokong BN (Barisan Nasional)," katanya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang baru Datuk Peter Chin Fah Kui membantu kerajaan negeri itu dalam menyediakan perkhidmatan bekalan air yang efisien serta berkadar rendah.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengucapkan tahniah kepada dua pemimpin Umno dari Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Datuk Dr Awang Adek Hussin (Timbalan Menteri Kewangan) yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

"Pelantikan Datuk Mustapa dan Datuk (Dr) Awang Adek dalam Kabinet diharap akan dapat membantu rakyat dan negeri Kelantan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan