Nik Aziz: Undi simpati bantu PAS di Bukit Gantang - Berita Semasa | mStar

Nik Aziz: Undi simpati bantu PAS di Bukit Gantang

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan kemenangan PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang semalam disumbang oleh undi simpati kepada calon parti itu.

"Itu hanya Tuhan yang tahu," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada pengundi memberikan undi kasihan kepada calon PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang sebelum ini terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar Perak setelah kerajaan pakatan PAS, DAP dan PKR di negeri itu tumbang.

Dalam pilihan raya kecil itu semalam, Mohammad Nizar menewaskan calon Barisan Nasional Ismail Saffian dengan kelebihan 2,789 undi.

Nik Aziz berkata dengan kemenangan itu, PAS semakin diterima oleh rakyat bukan Islam.

"Apa pun punca kemenangan di Bukit Gantang, ia membayangkan penerimaan rakyat terhadap PAS yang memperjuangkan konsep PAS Untuk Semua dan tidak terhad kepada orang Melayu semata-mata," katanya. BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan