Kabinet baru kecil, 7 digugur 4 muka baru

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASUKAN BARU..Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Foto THE STAR Oleh AZHAR MAHFOF.
PASUKAN BARU..Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Foto THE STAR Oleh AZHAR MAHFOF.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Kabinet yang diistilahkan sebagai "Pasukan Baru" dengan dianggotai 28 orang sebagai menteri penuh dan 40 yang lain dilantik timbalan menteri.

Umumnya, saiz Kabinet baru ini yang diumumkan tujuh hari selepas Najib dilantik Perdana Menteri keenam adalah lebih kecil - hanya terdiri daripada 25 portfolio dengan perubahan banyak melibatkan wakil Umno termasuk dari Sabah dan MCA serta Gerakan.

Kabinet baru ini memperkenalkan dua kementerian baru iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Kementerian Perpaduan.

Najib juga mengumumkan pembubaran dua kementerian dan pelantikan seorang Penasihat Ekonomi Negara bertaraf menteri diwujudkan. Ia diterajui oleh Najib sendiri.

Kementerian Penerangan kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan dengan diterajui Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Ia diumumkan oleh Najib pada sidang media khas di sini pukul 3 petang tadi.

Najib dalam sidang akhbar 25 minit itu menekankan bahawa "sesungguhnya, Kabinet baru ini bukan sahaja merupakan satu pasukan baru dengan wajah baru, malah ia sebenarnya satu penyusunan semula peranan dan portfolio."

Malah katanya, Kabinet ini turut menjadi tanda kepada satu pendekatan baru pentadbiran kerajaan yang lebih telus, bertanggungjawab serta berfokus mendahulukan rakyat.

Hadir sama pada sidang media Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilantik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran yang baru.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Najib kekal portfolio Kementerian Kewangan I, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dilantk sebagai Menteri Kewangan II.

MUKA BARU

Antara muka baru yang dibawa masuk ialah Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Anifah Aman sebaia Menteri Luar, Datuk Kong Cho Ha (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Tan Sri Koh Tsu Koon dan Mejar General Datuk Jamil Khir Baharom sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Koh bertanggungjawab ke atas hal ehwal perpaduan dan prestasi Kabinet manakala Jamil Khir berhubung hal ehwal agama Islam.

Koh merupakan Presiden Gerakan yang turut dilantik sebagai Senator manakala Kong pula ialah Naib Presiden MCA.

SHAHRIZAT KEMBALI

Kabinet ini juga menyaksikan Ketua Wanita Umno yang baru, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kembali menganggotai Kabinet dengan dijangka dilantik sebagai anggota Dewan Negara 4 petang tadi.

Shahrizat kekal sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Turut bersama Kabinet baru ini ialah anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir yang tewas dalam pemilihan Ketua Pemuda Umno dua minggu lalu.

Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim juga menganggotai Kabinet ini.

Bagaimanapun Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin tidak disenaraikan.

Ketua Puteri Umno yang baru, Datuk Rosnah Rashid Shilin turut disenaraikan dengan diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.

NAIB PRESIDEN UMNO TUKAR PORTFOLIO

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilantik, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Kedua-dua mereka kini Naib Presiden Umno ditukar portfolio berbanding jemaah menteri lalu.

Seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri manakala Datuk Mustapa Mohamed akan mengetuai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Seorang lagi Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen pula dilantik sebagai sebagai Menteri Pelancongan.

MCA mengekalkan dua lagi jawatan Menteri iaitu Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai Menteri Pengangkutan manakala Datuk Liow Tiong Lai kekal di Kementerian Kesihatan.

BERITA TERDAHULU

Kabinet baru kecil, perkenal KPI

Najib hari ini mengumumkan Kabinet yang diistilahkan sebagai "Pasukan Baru" dengan dianggotai 28 orang sebagai menteri penuh dan 40 yang lain dilantik timbalan menteri.

Umumnya, saiz Kabinet baru ini yang diumumkan tujuh hari selepas Najib dilantik Perdana Menteri keenam adalah lebih kecil.

Kabinet baru ini memperkenalkan dua kementerian baru iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Kementerian Perpaduan.

Beliau juga mengumumkan pembubaran dua kementerian dan seorang Penasihat Ekonomi Negara bertaraf menteri diwujudkan.

Kementerian Penerangan kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan.

Ia diumumkan oleh Najib pada sidang media khas di sini pukul 3 petang tadi.

Najib dalam sidang akhbar 25 minit itu menekankan bahawa "sesungguhnya, Kabinet baru ini bukan sahaja merupakan satu pasukan baru dengan wajah baru, malah ia sebenarnya satu penyusunan semula peranan dan portfolio."

Malah katanya, Kabinet ini turut menjadi tanda kepada satu pendekatan baru pentadbiran kerajaan yang lebih telus, bertanggungjawab serta berfokus mendahulukan rakyat.

Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilantik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran yang baru.

Najib kekal portfolio Kementerian Kewangan I, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dilantik sebagai Menteri Kewangan II.

Sebelum ini, Muhyiddin merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

SHAHRIZAT KEMBALI

Kabinet ini juga menyaksikan Ketua Wanita Umno yang baru, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kembali menganggotai Kabinet dengan dijangka dilantik sebagai anggota Dewan Negara 4 petang tadi.

Shahrizat kekal sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Turut bersama Kabinet baru ini ialah anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir yang tewas dalam pemilihan Ketua Pemuda Umno dua minggu lalu.

Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim juga menganggotai Kabinet ini.

Bagaimanapun Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin tidak disenaraikan.

Ketua Puteri Umno yang baru, Datuk Rosnah Rashid Shilin turut disenaraikan dengan diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.

PRESIDEN GERAKAN SENATOR, MENTERI

Selain itu turut dilantik sebagai Senator sekali gus menganggotai Kabinet ialah Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilantik, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula dilantik sebagai Menteri Pertahanan.

Kedua-dua mereka kini Naib Presiden Umno ditukar portfolio berbanding jemaah menteri lalu.

Seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri manakala Datuk Mustapa Mohamed akan mengetuai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Dua Naib Presiden MCA iaitu Datuk Kong Cho Ha dilantik mengetuai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen pula sebagai Menteri Pelancongan.

BERITA TERDAHULU

Kabinet 'Pasukan Baru', disertai 28 anggota

Najib mula umumkan barisan Kabinet baru. Kabinet baru beliau dianggotai 28 pemimpin politik BN.

Kabinet itu diumumkan selepas beliau menjadi Perdana Menteri. Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dua kementerian dibubar, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dibentuk dan jawatan Penasihat Ekonomi Negara bertaraf menteri diwujudkan.

Kabinet baru yang sedang diumum oleh Najib dinamakan Pasukan Baru.

BERITA TERDAHULU

Kabinet baru diumum 3petang

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengumumkan barisan Kabinet baru pada pukul 3 petang ini.

BERITA TERDAHULU

Najib menghadap Agong, mohon perkenan Kabinet baru

Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada pukul 10.55 pagi tadi bagi mendapatkan perkenan pembentukan barisan Kabinet baru.

Najib yang dilantik sebagai Perdana Menteri pada Jumaat lalu menghadap Agong di Istana Terengganu di sini.

Kira-kira 30 minit kemudian beliau yang menaiki Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WRP 11 meninggalkan Istana Terengganu pada pukul 11.25 pagi.

Seramai 10 orang wakil media berada di luar pintu pagar istana.

Najib dijadual mengumumkan barisan kabinet itu pada 3 petang ini di Putrajaya.

Majlis angkat sumpah memegang jawatan dan menyimpan rahsia oleh menteri dan timbalan menteri akan diadakan pada 9.30 pagi esok di Istana Negara.

Pembentukan barisan kabinet baru itu adalah lanjutan daripada pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan