Ribuan penyokong Pakatan 'halang' Nizar, keputusan lewat sejam

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DATUK Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diiringi beberapa anggota polis sejurus keluar dari keretanya ketika hadir di pusat pengiraan undi di Dewan Majlis Perbandaran Taiping semalam.
DATUK Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diiringi beberapa anggota polis sejurus keluar dari keretanya ketika hadir di pusat pengiraan undi di Dewan Majlis Perbandaran Taiping semalam.

TAIPING: Kelewatan pengumuman keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang malam tadi - hampir sejam - berpunca daripada kesesakan himpunan penyokong Pakatan Rakyat yang menghalang ketibaan calon PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Kehadiran ribuan penyokong Pakatan Rakyat menyebabkan Nizar, yang mahu memandu masuk keretanya ke pusat perjumlahan, terhalang dalam keadaan hujan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang terpaksa keluar dewan untuk menenangkan keadaan kira-kira pukul 9.30 malam dalam keadaan hujan, berkata, keputusan Bukit Gantang sepatutnya dapat diumumkan menjelang 8.30 malam tadi.

"Sebenarnya kami sudah ada keputusan untuk diumumkan pukul 8.30 malam tetapi disebabkan calon lewat tiba, keputusan mengambil masa yang lama untuk diumumkan," katanya.

Keputusan yang memihak kepada Pakatan Rakyat yang menurunkan calon PAS diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya pukul 9.45 malam.

Nizar, bekas Menteri Besar Perak, memperoleh 21,860 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian menerima 19,071 undi dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris 62 undi.

Mengulas lanjut insiden malam tadi, Abdul Aziz berkata, beliau menerima panggilan daripada Nizar yang mengatakan tidak boleh memasuki kawasan dewan penjumlahan undi di Majlis Perbandaran Taiping kerana dihalang dan terperangkap.

"Saya ingat beliau dihalang oleh penyokong BN... jadi saya pun bergegas keluar dewan dan saya mendapati bukan dihalang oleh penyokong BN tetapi oleh penyokong sendiri dan sekatan yang disediakan oleh anggota FRU," katanya.

Jelas beliau, Nizar mahu memandu masuk keretanya terus ke dalam pekarangan dewan penjumlahan tetapi dimaklumkan tidak boleh berbuat demikian.

Bagaimanapun kata Abdul Aziz, beliau meminta pasukan keselamatan dan penyokong PAS supaya bekerjasama menyediakan ruang kepada Nizar memasuki dewan.

Nizar bersama isterinya, Fatimah Taat memasuki dewan penjumlahan pukul 9.40 malam.

Turut hadir Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, pemimpin DAP termasuk Penasihatnya, Lim Kit Siang dan pemimpin PKR. Mereka tiba setengah jam lebih awal.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan