Najib umum Kabinet petang ini

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PRESIDEN MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu antara pemimpim parti komponen BN yang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini.
PRESIDEN MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu antara pemimpim parti komponen BN yang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini.

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan umumkan barisan Kabinet baru kerajaan Malaysia pada pukul 3 petang ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum itu, Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 11 pagi ini untuk mendapatkan perkenan berhubung barisan kabinet tersebut.

Pengumuman itu akan disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen tempatan.

Menurut kenyataan itu, majlis angkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia oleh menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri akan diadakan pada 9.30 pagi Jumaat di Istana Negara.

Pembentukan barisan kabinet baru itu adalah lanjutan daripada pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Sementara itu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan Najib, petang ini dipercayai bagi membincangkan pembentukan barisan Kabinet baru.

Pertemuan tersebut merupakan kali kedua selepas Ahad lalu.

Sejak kelmarin, pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) mula mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Najib yang dilantik sebagai Perdana Menteri keenam Jumaat lalu.

Pada sebelah pagi tadi, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan dilihat memasuki bangunan pejabat Perdana Menteri.

Najib dijangka akan mengumumkan barisan Kabinet barunya esok.

Pada Isnin lalu Muhyiddin dilaporkan mengesahkan pertemuannya dengan Najib selepas kembali dari kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai.

Muhyiddin bagaimanapun enggan menyatakan sama ada pertemuan mereka itu turut menyentuh soal pembentukan Kabinet baru.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan