SUASANA PILIHAN RAYA KECIL DUN BUKIT SELAMBAU

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CALON BN, DATUK S.GANESAN dan isteri, Datin R. Vatsala membuang undi masing-masing di SRJK (T) Ladang Perbadanan pag tadi. Foto THE STAR Oleh MUSTAFA AHMAD
CALON BN, DATUK S.GANESAN dan isteri, Datin R. Vatsala membuang undi masing-masing di SRJK (T) Ladang Perbadanan pag tadi. Foto THE STAR Oleh MUSTAFA AHMAD

11.20 MALAM: Manikumar merakamkan terima kasih kepada pengundi di Bukit Selambau yang mengundinya serta jentera Pakatan Rakyat.

Beliau berikrar akan berjuang demi kepentingan rakyat untuk menuju ke satu tahap yang lebih tinggi.

10.50 MALAM: Keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir di Dewan Sekolah Menengah Teknik 1

Calon PKR, Manikumar memenangi pilihan raya kecil kawasan itu dengan memperoleh 12,632 undi.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan yang memperoleh 10,229 undi dan 13 calon Bebas yang lain dengan majoriti 2,403 undi.

10.25 MALAM: Ketika tinggal empat lagi peti undi masih belum dijumlahkan, calon PKR, Manikumar masih mendahului calon BN dengan majoriti 2,148 undi. Beliau kini memperoleh 11,856 undi manakala calon BN, Ganesan memperoleh 9,708 undi.

9.50 MALAM: Selepas 41 peti undi daripada 65 peti undi dikira.

1. S. Manikumar (PKR) - 7,398

2. Datuk S. Ganesan (BN) - 6,228

3. R Loganathan (kelapa sawit) - 22

4. Tan Hock Huat (kunci) - 45

5. Radzi Md Lazim (kerusi) - 20

6. Mohd Fazil Wahab (kepala harimau - 55

7. Abdul Rahim Abu (jam loceng) - 35

8. L Sarala (basikal) - 36

9. A Jayagopal (payung) - 15

10. S Moganakumar (buku) - 22

11. Khamis Awang (ayam jantan) - 17

12. Husaini Yaacob (bas) - 140

13.M Vaneson (ikan) - 16

14. Mej (B) Anuar Abd Hamid (telefon) - 314

15. T Chandrarajan (kapal terbang) - 48

9.45 MALAM: Dua peti undi terakhir tiba di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.

9.25 MALAM: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil, Datuk Abdullah Mat Akhir memberitahu pihaknya kini masih menunggu dua lagi peti undi yang masih belum tiba di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.

Katanya kenderaan yang membawa dua peti undi tersebut telah tersalah haluan dan kini pihak polis sedang membantu menunjuk arah kenderaan tersebut menuju ke pusat tersebut.

9.10 MALAM: Selepas 28 peti undi daripada 65 peti undi dikira.

1. S. Manikumar (PKR) - 4,882

2. Datuk S. Ganesan (BN) - 3,940

3. R Loganathan (kelapa sawit) - 12

4. Tan Hock Huat (kunci) - 28

5. Radzi Md Lazim (kerusi) - 13

6. Mohd Fazil Wahab (kepala harimau - 39

7. Abdul Rahim Abu (jam loceng) - 24

8. L Sarala (basikal) - 27

9. A Jayagopal (payung) - 10

10. S Moganakumar (buku) - 15

11. Khamis Awang (ayam jantan) - 13

12. Husaini Yaacob (bas) - 106

13.M Vaneson (ikan) - 15

14. Mej (B) Anuar Abd Hamid (telefon) - 199

15. T Chandrarajan (kapal terbang) - 33

8.55 MALAM: Selepas 22 peti undi daripada 65 peti undi dikira.

1. S. Manikumar (PKR) - 3,591

2. Datuk S. Ganesan (BN) - 2,765

3. R Loganathan (kelapa sawit) - 11

4. Tan Hock Huat (kunci) - 18

5. Radzi Md Lazim (kerusi) - 7

6. Mohd Fazil Wahab (kepala harimau - 31

7. Abdul Rahim Abu (jam loceng) - 17

8. L Sarala (basikal) - 23

9. A Jayagopal (payung) - 9

10. S Moganakumar (buku) - 13

11. Khamis Awang (ayam jantan) - 9

12. Husaini Yaacob (bas) - 59

13.M Vaneson (ikan) - 12

14. Mej (B) Anuar Abd Hamid (telefon) - 133

15. T Chandrarajan (kapal terbang) - 26

8.40 MALAM: Selepas 16 peti undi daripada 65 peti undi dikira.

1. S. Manikumar (PKR) - 2,621

2. Datuk S. Ganesan (BN) - 2,034

3. R Loganathan (kelapa sawit) - 7

4. Tan Hock Huat (kunci) - 16

5. Radzi Md Lazim (kerusi) - 4

6. Mohd Fazil Wahab (kepala harimau - 25

7. Abdul Rahim Abu (jam loceng) - 8

8. L Sarala (basikal) - 16

9. A Jayagopal (payung) - 6

10. S Moganakumar (buku) - 10

11. Khamis Awang (ayam jantan) - 5

12. Husaini Yaacob (bas) - 45

13.M Vaneson (ikan) - 5

14. Mej (B) Anuar Abd Hamid (telefon) - 89

15. T Chandrarajan (kapal terbang) - 18

8.00 MALAM: Selepas 11 peti undi daripada 65 peti undi dikira.

1. S. Manikumar (PKR) - 1,712

2. Datuk S. Ganesan (BN) - 1,142

3. R Loganathan (kelapa sawit) - 6

4. Tan Hock Huat (kunci) - 12

5. Radzi Md Lazim (kerusi) - 2

6. Mohd Fazil Wahab (kepala harimau - 12

7. Abdul Rahim Abu (jam loceng) - 6

8. L Sarala (basikal) - 6

9. A Jayagopal (payung) - 5

10. S Moganakumar (buku) - 6

11. Khamis Awang (ayam jantan) - 2

12. Husaini Yaacob (bas) - 18

13.M Vaneson (ikan) - 4

14. Mej (B) Anuar Abd Hamid (telefon) - 51

15. T Chandrarajan (kapal terbang) - 15

7.20 PETANG: Tujuh peti undi sudah di bawa ke pusat pengiraan undi di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.

6.47 PETANG: Peti undi pertama dari Sekolah Kebangsaan Petani Para tiba di pusat pengiraan undi di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.

Sebanyak 65 peti undi termasuk undi pos akan dibawa ke sini untuk penjumlahan undi.

Hujan turun dengan lebat menyukarkan pergerakan.

5:05 PETANG : Hujan mula turun lebat di Bukit Selambau.

5:00 PETANG : Proses pengundian ditutup.

4:00 PETANG : SPR mengesahkan peratusan keluar mengundi sehingga pukul 3 petang adalah 61.5 peratus.

3.40 PETANG: SPR memperbetulkan kesilapan berhubung pertukaran nama dan simbol antara dua calon Bebas M. Vaneson dan Mejar (B) Anuar Abdul Hamid pada dulang undi di dua pusat mengundi iaitu di Institut Kemahiran Mara (IKM) dan SMK Taman Ria Jaya.

Vaneson bagaimanapun membuat laporan polis berhubung perkara itu.

1:35 PETANG : Wan Ahmad Wan Omar berkata 55 peratus telah keluar mengundi setakat ini.

12.30 TENGAH HARI : Wan Ahmad Wan Omar berkata, sebanyak 50 peratus telah keluar mengundi setakat ini.

10.25 PAGI : Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata sehingga pukul 10 pagi,sebanyak 20 peratus telah keluar mengundi. Beliau berharap bilangan yang keluar mengundi akan mencacah 50 peratus menjelang pukul 1 tengah hari.

Beliau yang melawat pusat mengundi di SRJK (T) Ladang Perbadanan Kedah di sini berpuas hati dengan kelancaran proses pengundian setakat ini.

10 PAGI : Jalan ke beberapa pusat mengundi di sekitar Sg Petani seak berikutan para pengundi yang keluar untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Di beberapa pusat pengundian di sini, hanya perayu undi bagi parti BN dan PKR yang kelihatan.

Sementara perayu undi bagi calon Bebas tidak kelihatan.

9.35 PAGI : Calon Bebas, T. Chandrarajan bersama-sama isterinya, M.Sugunadewi membuang undi di SM Teknik Sg Petani.

8.30 PAGI : calon PKR, S. Manikumar membuang undi di SMK Aman Jaya. Dia hadir bersama kira-kira 15 penyokongnya.

8.20 PAGI : Calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan dan Datin R. Vatsala membuang undi di SRJK (T) Ladang Perbadanan.

Beliau turut diiringi dengan beberapa penyokong ketika menuju ke tempat membuang undi pagi tadi.

8.00 PAGI : Proses pembuangan undi bermula. Sebanyak 64 saluran di 22 pusat mengundi dibuka serentak dan akan ditutup pada pukul 5 petang.

Hanya 3 calon daripada 15 calon bertanding merupakan pengundi berdaftar di DUN Bukit Selambau iaitu Datuk S.Ganesan (BN), S. Manikumar (PKR), dan T. Chandrarajan (Bebas).

Ganesan akan mengundi pada pukul 8 pagi di SRJK (T) Ladang Perbadanan. Sementara Manikumar akan membuang undi pada pukul 8:30 pagi di SMK Aman Jaya dan Chandrarajan dijangka mengundi pada pukul 9 pagi di SM Teknik Sg Petani.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan