Nga dakwa Nik Aziz kata tak salah baginya petik ayat al-Quran

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming hari ini mendakwa kononnya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahunya bahawa beliau boleh memetik ayat al-Quran walaupun beliau bukan beragama Islam.

"Tok guru Nik Aziz sendiri telah menjelaskan kepada saya bahawa memetik ayat Quran tidak bersalah," katanya kepada pemberita hari ini ketika diminta mengulas bantahan umat Islam ekoran tindakannya membaca ayat al-Quran dalam satu ucapan di Bukit Gantang baru-baru ini.

Beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Nga kerana disifatkan telah melampaui batas.

"Saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, cuba dihalang," kata Nga.

Pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang berkata isu itu tidak perlu diperbesarbesarkan.

"Apa yang berlaku ialah intonasi dia dan cara sebutan tersalah. Itu bukannya isu besar...kalau salah betulkanlah. Kalau salah baca dan terus suruh hentikan, bila seseorang itu nak fasih dan nak jadi pandai?," katanya.

Beliau berkata bahawa dalam isu ini, kesalahan yang berlaku adalah kecil dan tidak disengajakan.

"Lainlah kalau seseorang itu bermainmain menggunakan ayat al-Quran, barulah salah, katanya.

Ahmad berkata Nga selalu merujuk kepadanya berkaitan ayatayat al-Quran yang mempunyai prinsip-prinsip diperjuangkan oleh pakatan pembangkang iaitu amanah, keadilan, telus, kebajikan dan integriti.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata isu itu tidak perlu diperbesar-besarkan.

"Apa yang berlaku ialah intonasi dia dan cara sebutan tersalah. Itu bukannya isu besar...kalau salah betulkanlah. Kalau salah baca dan terus suruh hentikan, bila seseorang itu nak fasih dan nak jadi pandai?," katanya.

Beliau berkata bahawa dalam isu ini, kesalahan yang berlaku adalah kecil dan tidak disengajakan.

"Lainlah kalau seseorang itu bermain-main menggunakan ayat al-Quran, barulah salah," katanya.

Ahmad berkata Nga selalu merujuk kepadanya berkaitan ayat-ayat al-Quran yang mempunyai prinsip-prinsip diperjuangkan oleh pakatan pembangkang iaitu amanah, keadilan, telus, kebajikan dan integriti.

Di KOTA BAHARU, Nik Abdul Aziz berkata orang bukan Islam boleh membaca al-Quran dan beliau menganggap tidak salah jika bacaan Nga tidak betul.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata sesiapa sahaja boleh membaca al-Quran, soal betul atau tidak dari segi tajwid atau sebutannya boleh diperbaiki supaya menepati hukumnya.

"Sesiapapun boleh baca al-Quran sama ada orang Islam atau bukan Islam, dan al-Quran bukan hak orang Melayu atau orang Arab, Cuma bahasa al-Quran kebetulannya bahasa Arab, maka kelihatan ganjil jika ia dibaca oleh orang bukan Islam yang biasanya tidak tahu bahasa Arab," katanya kepada Bernama ketika ditanya pendiriannya berhubung tindakan Nga itu.

Nik Abdul Aziz berkata orang Melayu sendiripun kadang-kadang tidak betul bacaan al-Quran kerana tidak belajar dari segi hukum bacaannya.

"Malah zaman Nabi Muhammad dulupun orang-orang kafir turut membaca al-Quran. Abu Jahal yang menentang Islam sendiripun boleh baca al-Quran, soal persenda atau tidak itu terletak kepada perspektif atau pandangan masing-masing," katanya.

Berikutan tindakan Nga itu, Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia pada Isnin lepas memutuskan tindakan orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi tujuan kempen politik merupakan cubaan mempersenda kesucian dan keagungan kitab suci itu.

Pada masa yang sama, semua umat Islam terutama ahli-ahli politik juga dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan kitab suci al-Quran semata-mata untuk kepentingan politik.

Di KOTA BAHARU, Nik Abdul Aziz berkata orang bukan Islam boleh membaca alQuran dan beliau menganggap tidak salah jika bacaan Nga tidak betul.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata sesiapa sahaja boleh membaca alQuran, soal betul atau tidak dari segi tajwid atau sebutannya boleh diperbaiki supaya menepati hukumnya.

"Sesiapapun boleh baca al-Quran sama ada orang Islam atau bukan Islam, dan alQuran bukan hak orang Melayu atau orang Arab, Cuma bahasa al-Quran kebetulannya bahasa Arab, maka kelihatan ganjil jika ia dibaca oleh orang bukan Islam yang biasanya tidak tahu bahasa Arab," katanya kepada Bernama ketika ditanya pendiriannya berhubung tindakan Nga itu.

Nik Abdul Aziz berkata orang Melayu sendiripun kadangkadang tidak betul bacaan al-Quran kerana tidak belajar dari segi hukum bacaannya.

"Malah zaman Nabi Muhammad dulupun orang-orang kafir turut membaca alQuran. Abu Jahal yang menentang Islam sendiripun boleh baca al-Quran, soal persenda atau tidak itu terletak kepada perspektif atau pandangan masing-masing," katanya.

Berikutan tindakan Nga itu, Persidangan Muftimufti Seluruh Malaysia pada Isnin lepas memutuskan tindakan orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi tujuan kempen politik merupakan cubaan mempersenda kesucian dan keagungan kitab suci itu.

Pada masa yang sama, semua umat Islam terutama ahliahli politik juga dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan kitab suci al-Quran sematamata untuk kepentingan politik. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan