Kabinet baru: Najib mula bincang komponen BN

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) mula mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini berhubung pembentukan Kabinet baru.

Antara komponen BN yang menemui Najib di Putrajaya ialah Gerakan dan MCA.

Sumber memberitahu mStar Online pemimpin parti-parti komponen yang lain akan menemui Najib yang juga Presiden Umno esok dan lusa.

"Ya, pemimpin-pemimpin komponen BN mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri hari ini... pertemuan hari ini sebahagian proses konsultansi pembentukan Kabinet baru," kata sumber.

Hari ini adalah hari pertama Najib memulakan tugas secara rasmi selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Jumaat lalu.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semalam beliau telah mengadakan pertemuan dengan Najib kelmarin.

Tetapi beliau tidak menyatakan sama ada pertemuan mereka ada menyentuh soal pembentukan Kabinet.

Sebelum ini wujud spekulasi bahawa Najib kemungkinan mengecilkan saiz Kabinet manakala wujud saranan agar MCA turut diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Najib dijangka mengumumkan senarai Kabinet dalam minggu ini, dipercayai Khamis ini. Dalam pada itu, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat berkata, beliau telah menyerahkan senarai nama kepada Najib untuk dipertimbangkan bagi pelantikan sebagai Menteri Kabinet.

"Saya menemui Perdana Menteri pagi ini. Kami berbincang kira-kira satu jam, perbincangan sangat bermakna... namun saya tidak boleh mendedahkannya kepada anda.

"Saya menyerahkan kepada Perdana Menteri senarai yang mengandungi nama pemimpin menurut hierarki parti dan status mereka sebagai Anggota Parlimen," kata beliau kepada pemberita selepas kempen rumah ke rumah di Kampung Baru Simpang, Taiping.

Dipetik Bernama, Ong berkata, hanya mereka yang dipilih sebagai Ahli Parlimen dan juga yang dilantik sebagai Senator boleh dipertimbangkan untuk memegang jawatan anggota pentadbiran.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah nama yang terdapat dalam senarai itu meskipun terus diajukan soalan mengenainya.

Mengenai cakap-cakap yang menyatakan pengagihan semasa empat jawatan menteri kepada MCA akan dikurangkan dalam barisan baru Kabinet, Ong berkata:

"Saya tidak mempunyai maklumat mengenai saiz Kabinet atau berapa portfolio yang akan kami (MCA) peroleh.

"Pada ketika ini, tiada faedah untuk kita membuat spekulasi," katanya.

Kini terdapat seramai 32 anggota Kabinet dengan 27 kementerian dan hampir dua pertiga anggota Kabinet yang dilantik adalah daripada Umno, parti komponen terbesar daripada gabungan 13 parti, kerajaan Barisan Nasional.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan