Ismail, Zahid kecewa tindakan tidak bermoral kempen pilihan raya

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RISALAH TIDAK BERMORAL..Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir menunjukkan kepada media risalah tidak bermoral yang diedarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab beberapa jam menjelang hari pengundian.Foto mStar Oleh G.MANIMARAN.
RISALAH TIDAK BERMORAL..Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir menunjukkan kepada media risalah tidak bermoral yang diedarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab beberapa jam menjelang hari pengundian.Foto mStar Oleh G.MANIMARAN.

TAIPING: Menjelang kurang enam jam kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang berakhir, calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian muncul pada sidang media khas sambil menafikan pengedaran surat palsu mendakwa beliau amalkan rasuah dan gambar 'super impose' berfoya-foya dengan seorang wanita di Thailand.

Bercakap kepada wartawan di sini petang ini, Ismail menjelaskan, beliau tidak pernah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak kononnya "memohon maaf kerana ada kes-kes rasuah" ketika berkhidmat di Majlis Bandaran Manjung tahun lalu.

Begitu juga gambar yang direka khas menunjukkan sedang berfoya-foya di Thailand, kata beliau yang berhadapan dengan calon PAS dan Bebas dalam pilihan raya kecil ini.

Ismail memberitahu, beliau kecewa dengan perbuatan itu yang disifatkannya sebagai tidak bermoral.

"Ia dilakukan oleh mereka yang terdesak menjelang hari pengundian esok," kata beliau.

Ismail memberitahu, sebaik sahaja dipilih sebagai calon dan memutuskan untuk bersara secara pilihan, maklumat perkhidmatan telah ditapis dan disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya ada bukti SPRM saya bersih sebelum bertanding di sini," katanya.

Ismail menambah, walaupun tidak mengambil serius tindakan itu tetapi penggunaan kaedah sedemikian menunjukkan ada pihak yang mahu menggunakan jalan kotor memburuk-burukkannya.

"Kita perlu tumpu pada usaha mendekati pengundi, bukannya menggunakan cara-cara yang tidak bermoral mengaibkan orang lain," katanya.

Selepas sidang media itu, Ismail membuat laporan di Balai Polis Simpang dekat sini kira-kira 6.30 petang semalam.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula membidas PAS yang mendakwa beliau menggunakan khidmat samseng untuk membantu berkempen calon BN.

"Adakah anda mengatakan pengerusi-pengerusi tokong Cina, pemimpin pelbagai persatuan (kaum Cina) sebagai samseng?

"Anda mencerca kaum Cina dengan menggambarkan mereka sebagai anggota kumpulan samseng," kata Zahid yang menafikan kenyataan Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS, Asmuni Awi bahawa beliau menggunakan kumpulan samseng.

Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN Perak dan Pengarah Kempen BN Bukit Gantang berkata, dalam hidupnnya beliau tidak pernah berurusan dengan kumpulan samseng.

Malah, beliau juga membidas blogger pro-pembangkang yang menggambarkan beliau memakai serban dan berjubah serta menari pada satu majlis makan malam di Kuala Sepetang dekat di sini.

Pekan Kuala Sepetang terletak dalam bahagian Parlimen Bukit Gantang.

"Jangan memandang rendah kebijaksanaan pengundi Cina. Ramai tahu saya menghadiri majlis makan malam itu tetapi saya tidak memakai serban dan jubah," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan