SPR sasar 80 peratus keluar mengundi di Bukit Selambau

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau esok akan mencecah 80 peratus iaitu lebih tinggi daripada pilihan raya umum ke-12 lalu.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, berbanding hanya 73.7 peratus pada pilihan raya umum lalu, peratusan kali ini dijangka lebih tinggi memandangkan daftar pemilih yang bersih dan jumlah calon yang bertanding pada kali ini lebih ramai.

"Kalau cuaca baik esok, kita akan mendapat peratusan yang lebih tinggi iaitu mungkin mencecah 80 peratus kerana daftar pemilih itu kita bersihkan hingga saat terakhir.

"Apabila daftar pemilih bersih, maka tidak ada terlalu ramai nama pengundi yang meninggal dunia tetapi masih ada dalam daftar pemilih.

"Selain itu, faktor ramai calon bertanding iaitu seramai 15 orang di Bukit Selambau secara tidak langsung memberi banyak pilihan kepada para pengundi baik pengundi yang menyokong parti-parti besar atau pengundi yang ingin menyokong calon-calon pilihan mereka," katanya dalam satu sidang media di Pejabat Daerah Kuala Muda di sini, hari ini.

DUN Bukit Bukit Selambau mempunyai 35,140 pengundi berdaftar.

Wan Ahmad berkata, beliau tidak menafikan mungkin ada nama pengundi yang telah meninggal dunia tetapi masih berada daftar pemilih yang diwartakan 18 Februari lalu itu kerana kemungkinan berlaku kematian selepas tarikh ia diwartakan.

Beliau berkata, disebabkan bilangan calon yang ramai, pihak SPR terpaksa mencetak kertas undi besar iaitu bersaiz 10 x 20 inci bagi menempatkan kesemua nama 15 calon yang bertanding bersama logo parti dan simbol masing-masing.

Selain itu katanya, disebabkan saiz kertas undi yang besar itu juga, SPR akan menyediakan dua atau tiga peti undi tambahan di setiap saluran sebagai persediaan jika sebuah peti undi itu tidak dapat menampung jumlah kertas undi yang ada.

"SPR akan sediakan dua atau tiga peti undi kosong di setiap saluran bergantung kepada jumlah pengundi di saluran itu bagi memastikna jika satu peti undi tidak cukup, ada satu peti undi (tambahan) lagi.

"Ini kerana setiap kertas itu besar dan ia perlu dilipat empat. Kemungkinan ia akan mengembang selepas dimasukkan dalam peti undi," katanya.

Katanya, sebanyak 64 saluran mengundi akan dibuka serentak pada pukul 8 pagi esok dan akan ditutup pada jam 5 petang.

"Kalau para pengundi tidak dapat keluar pada waktu pagi, mereka boleh mengundi pada sebelah petang.

"Kita tidak mahu, kalau kita minta orang keluar sebelah pagi, maka suasana akan menjadi sesak sedangkan mereka masih boleh mengundi pada waktu petang," katanya.

Wan Ahmad berkata, disebabkan ini merupakan pilihan raya kecil DUN yang mempunyai jumlah pengundi yang tidak begitu besar, beliau menjangka keputusan pilihan raya kecil itu dapat diketahui sebelum pukul 10 malam.

"Jika semuanya berjalan lancar, keputusan dijangka diumumkan sebelum pukul 10 malam kerana kalau 80 peratus keluar mengundi, maknanya pengiraan mungkin akan selesai cepat dan mungkin sebelum 8 malam lagi, pegawai pengurus telah menerima peti undi yang pertama di pusat pengiraan undi.

Pusat pengiraan undi bagi pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau esok adalah di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1, di sini.

Wan Ahmad juga berpuas hati dengan kelancaran kempen pilihan raya yang berlangsung setakat ini tanpa sebarang insiden yang tidak diingni.

"Di sini tidaklah sepanas pilihan raya kecil di Parlimen Bukit Gantang.

"Pihak di sini mematuhi larangan dan peraturan pihak polis," katanya.

Berhubung dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa terdapat pengundi hantu di sebuah kawasan taman perumahan di sini, Wan Ahmad meminta parti itu mengemukakan bukti kepada SPR.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan