Siasatan kes rasuah Mohammad Fairus siap - SPRM

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Siasatan terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin berhubung dakwaan beliau terlibat dalam salah guna kuasa dijangka siap hari ini, kata Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang Latifah Md Yatim.

Beliau memberitahu Bernama hari ini bahawa fail kes berkenaan akan dihantar kepada Bahagian Pendakwaan SPRM secepat mungkin untuk tindakan selanjutnya.

Pada 26 Mac lepas, Mohammad Fairus ditahan di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin di Johor Baharu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan itu.

Pagi ini, Latifah dan beberapa pegawai SPRM pergi ke pejabat Mohammad Fairus di tingkat 52 Komtar di sini untuk mendapatkan beberapa dokumen.

"Ini adalah proses biasa bagi melengkapkan siasatan kes itu," katanya.

Latifah bagaimanapun enggan mengulas mengenai dokumen yang diambil daripada pejabat Mohammad Fairus yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti. Pada 21 Mac lepas, Mohammad Fairus menyerahkan surat meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Exco kerajaan negeri Pulau Pinang berkuat kuasa 8 April ini.

Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan pendedahan Ketua Angkatan Muda Keadilan Kepala Batas, Amizuddin Ahmat, yang mendakwa terdapat pemimpin Parti Keadilan Rakyat di Pulau Pinang terbabit dalam penyelewengan membabitkan kuari di Seberang Perai dekat sini.

Latifah berkata SPRM juga telah mengambil keterangan beberapa saksi termasuk orang kenamaan berhubung siasatan kes itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam satu sidang akhbar hari ini berkata kerajaan negeri akan memberi kerjasama kepada SPRM untuk membantu melengkapkan siasatan kes berkenaan.

"Mereka (SPRM) telah minta beberapa dokumen dan kita telah berikan dokumen itu. Kerajaan negeri tidak akan sembunyikan apaapa," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan