ISA: Anggota Darul Islam kesal 'subahat' bom Bali

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEMBIRA DIBEBASKAN..Tahanan ISA, Binsali Omar kesal dengan perbuatannya terlibat dengan pengeboman di Bali. Foto Bernama
GEMBIRA DIBEBASKAN..Tahanan ISA, Binsali Omar kesal dengan perbuatannya terlibat dengan pengeboman di Bali. Foto Bernama

TAIPING: "Saya gembira kerana dibebaskan... amat menyesal dengan perbuatan saya sebelum ini."

Demikian reaksi ringkas, Binsali Omar, salah seorang tahanan ISA yang dibebaskan dari pusat tahanan perlindungan Kamunting hari ini. Sambil menegaskan tidak akan mengulangi lagi perbuatan yang menyebabkan dia ditahan di pusat Kamunting hampir tiga tahun, Binsali menambah:

"Saya nak balik ke kampung di Sabah esok," katanya lagi.

Binsali merupakan salah seorang daripada tujuh anggota Darul Islam yang ditahan sejak April 2006 dibebaskan berkuat kuasa kelmarin dan keluar pusat Kamunting tengah hari ini.

Binsali merupakan rakyat Filipina yang memiliki taraf pemastautin tetap Malaysia.

Dia dan enam yang lain didakwa bersubahat dengan kumpulan pengganas yang melakukan pengeboman Bali 2002.

Anggota Darul Islam lain yang dibebaskan ialah A. Artas A. Burhanudin, Idris Lanama, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Pakana Selama dan Mohd Arasad Patangarim

Tempoh tahanan mereka sepatutnya berakhir tahun depan.

Kesemua tahanan ISA kecuali tiga rakyat asing telah dibawa dari perkarangan pusat Kamunting dengan segera menggunakan kenderaan khas polis.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan