Perubahan Najib: Pakatan tidak bimbang, BN ada strategi

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: PAS, yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang yakin tiga pendekatan utama yang diumumkan Perdana Menteri - pembebasan tahanan ISA dan batal penggantungan dua akhbar parti itu semalam, tidak akan menjejaskan sokongan untuk mereka Selasa Ini.

"Ia tidak akan menjejaskan sokongan kepada kami (PAS)," kata Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali di semalam.

Kata beliau, pengumuman Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dalam ucapan sulungnya semalam juga tidak menolak sokongan pengundi kepada Barisan Nasional (BN) daripada Pakatan Rakyat.

Mustafa menambah, tiga pendekatan utama yang dinyatakan itu hanya pengumuman bertujuan mahu menyenangkan hati rakyat.

"Kami mengalu-alukan langkah membebaskan tahanan ISA, tapi ini adalah tindakan bermotifkan politik, tapi tidak akan menyebabkan kesan terhadap sokongan bagi Pakatan Rakyat," katanya.

Semalam Najib mengumumkan tiga pendekatan utama itu: menarik balik larangan menggantung Harakah dan Suara Keadilan, membebaskan 13 tahanan ISA dan mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Kata beliau, keputusan menarik balik penggantungan dua akhbar ini menunjukkan tindakan diambil dua minggu sebelum ini diambil dengan sewenang-wenangnya.

Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin berkata, walaupun penduduk tempatan meletakkan harapan tinggi terhadap kepimpinan baru, tetapi jentera Umno tidak hanya bersandarkan pada pembaharuan dibawa Perdana Menteri baru.

"Kami tidak menggunakan perkara itu sahaja, tidak hanya bergantung kepada perubahan dibawa Najib semalam semata-mata.

"Kita ada strategi lain," kata Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Trong kepada mStar Online.

Bagaiamanapun beliau yakin pendekatan dibawa Najib akan membantu sedikit sebanyak pada hari pengundian.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan