Keluarga menunggu, 13 tahanan ISA keluar Kamunting hari ini

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Kesemua 13 tahunan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diumumkan pembebasan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak Jumaat lalu akan keluar dari Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting, hari ini.

Ia dinyatakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam.

Dipetik Bernama, Musa memberitahu, kesemua mereka akan dibebaskan sejurus selepas semua proses dokumentasi mengenai kes dan pembebasan mereka disiapkan.

"Tidak bolehlah bebaskan mereka serta-merta, ada beberapa urusan dokumentasi perlu disiapkan terlebih dahulu.

"Kesemua mereka akan kita bebaskan esok setelah dokumentasi yang berkaitan lengkap," katanya.

Dalam pada itu, tinjauan mStar Online mendapati beberapa keluarga termasuk anggota keluarga dan saudara-mara dua pemimpin Hindraf yang ditahan berada di pekarangan pusat tersebut sejak 7.30 pagi semalam.

Dua tahanan Hindraf itu ialah V. Ganabatirau, 40, dan R. Kenghadharan, 40, Mereka adalah antara 13 tahanan ISA yang dibebaskan itu, yang ditahan sejak 2006.

Isteri Ganabatirau, B. Puvaneswary ketika ditemui di sini berkata, dia menerima panggilan telefon pukul 6 petang kelmarin supaya datang ke pusat tahanan itu semalam.

"Saya sepatutnya datang esok (Ahad) seperti biasa untuk mengunjungi suami saya setiap minggu. Bagaimanapun saya menerima panggilan meminta datang hari ini tanpa dinyatakan sebab.

"Selepas panggilan itu, saya mendengar berita bahawa tahanan ISA akan dibebaskan," katanya lagi yang datang dari Shah Alam.

Ketika ditemu bual kira-kira 8.35 pagi semalam, Puvaneswary, seorang guru memberitahu, dia tiada maklumat bila suaminya akan dibebaskan.

Ketika dihubungi 1.30 tengah hari, ibu kepada dua anak itu berkata, sehingga tengah hari semalam tiada maklumat sama ada suaminya akan dibebaskan atau tidak pada hari ini.

"Saya dimaklumkan proses dokumentasi masih belum lengkap dan mereka (pengurusan pusat) masih belum menerima surat pembebasan.

"Apabila saya tanya bila dokumentasi akan lengkap, mereka tidak dapat memberikan jawapan," katanya lagi.

Puvanewswary yang gembira dengan pembebasan dua tahanan kalangan pemimpin Hindraf berharap kesemua pemimpin Hindraf akan dibebaskan dalam waktu terdekat.

"Saya ucapkan terima kasih (kepada Perdana Menter) tetapi tahanan yang lain pun perlu akan dibebaskan," katanya.

Adik kepada Ganabatirau, Papparaidu pula berkata, anggota keluarga mereka tidak dimaklumkan mengenai pembebasan itu tetapi pusat tahanan itu ada menghubungi mereka pukul 5 petang semalam meminta mereka datang melawat abangnya semalam.

"Kami berasa syak di hati juga (bila) mendapat berita dari pusat tahanan ini kerana biasanya hari melawat ialah pada hari Ahad," katanya.

Selain keluarga Ganabatirau dan Kenghadharan, tiga lagi pemimpin Hindraf yang ditahan ialah P. Uthayakumar, M. Manoharan dan T. Vasanthakumar.

Sepupu Vasanthakumar yang turut berada di pekarangan pusat itu berkata, pihaknya datang pagi ini dengan harapan beliau juga akan dibebaskan.

"Kami gembira dua tahanan Hindraf dibebaskan, tetapi kami lebih gembira jika tiga yang lain turut dibebaskan," katanya. Najib dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri semalam mengumumkan mengenai pembebasan serta merta 13 tahanan ISA.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan semalam berkata, dua peguam Hindraf V. Ganabatirau, 40, Selain pemimpin Hindrag, tahanan lain yang dibebaskan ialah tujuh orang anggota Darul Islam, tiga rakyat asing kerana memalsukan dokumen dan seorang anggota Jemaah Islamiah.

Anggota Darul Islam yang dibebaskan ialah Binsali Omar, A. Artas A. Burhanudin, Idris Lanama, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Pakana Selama dan Mohd Arasad Patangari yang ditahan sejak 2006.

Tempoh tahanan mereka sepatutnya berakhir tahun depan.

Tiga rakyat asing itu ialah Sundaraj Vijay (warga India) dan dua warga Myanmar iaitu San Khaing dan Amir Hussain. Mereka ditahan sejak 2007.

Anggota Jemaah Islamiah itu ialah Wan Amin Wan Hamat yang ditahan sejak 2003.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan