Beri saya peluang dan nilai kepimpinan secara positif - Najib

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat negara ini supaya bersikap terbuka serta positif dalam menilai dan seterusnya memberi peluang kepadanya untuk menunjukkan kepimpinannya itu.

Perdana Menteri berkata beliau juga beriltizam untuk memahami apa jua aspirasi rakyat dan akan melakukan yang terbaik daripada segi kepimpinan sama ada membabitkan sudut dasar, pelaksanaan dan program yang akan dilakukan.

"Saya cuma berharap rakyat akan bersikap terbuka dan positif menilai kepimpinan saya dan beri saya peluang tunjukkan kepimpinan saya... mudah-mudahan rakyat boleh menerima kepimpinan saya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditanya pengacara Ally Iskandar Mohd Mardzi dalam program wawancara khas Perdana Menteri ke-6 yang disiarkan oleh TV3 di sini malam ini.

Najib berkata beliau sentiasa mengingatkan dirinya supaya berpijak di bumi yang nyata dan bersikap mesra rakyat, tegas tetapi penuh dengan perasaan bertimbang rasa kepada orang lain dalam menjalankan tugas.

Katanya walaupun pada awal menceburkan diri dalam dunia politik adalah satu kejutan kepadanya kerana pada usia muda, beliau terpaksa menyesuaikan diri dalam tempoh yang singkat dan meletakkan kepuasan diri membantu orang lain sebagai suatu perkara yang sesuai dengan hati nuraninya.

"Saya dapat kepuasan diri yang amat sangat. Jadi itulah yang mendorong saya untuk terus berjuang. Walaupun pada mulanya usia begitu muda... tapi dengan ketabahan hati dan tawakal saya dapat meneruskan perjuangan sehingga detik ini," katanya.

Beliau memberi contoh semasa membantu orang miskin mendapatkan rumah atau membantu seseorang dalam bidang pendidikan.

"Memang mulamula satu kejutan amat sangat sebab saya baru balik dari luar negara daripada pendidikan sekolah menengah dan universiti tibatiba ada di gelanggang politik tanpa dirancang dan diduga dan tidak disangka sama sekali.

"Saya terpaksa sesuaikan diri dalam tempoh pendek tapi Alhamdulillah dalam masa tak berapa lama, saya merasa diri saya serasi dengan politik dan kawasan pilihan raya di Pekan, (iaitu) luar bandar, saya dapat mendampingi diri dengan orang kampung dalam pelbagai situasi dan saya tidak merasakan diri saya begitu terasing dalam keadaan sedemikian," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan