13 tahanan ISA dibebas Najib, sudah keluar pusat Kamunting

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DIBEBASKAN... Ahli Darul Islam Sabah, Idris Lanama,Wan Amin Wan Hamat A.Aratas A. Burhanuddin,Pakana Selama,Mohd.Nazri Dollah dan Mohd. Arsad Patangari antara 13 tahanan ISA yang dibebaskan hari ini.
DIBEBASKAN... Ahli Darul Islam Sabah, Idris Lanama,Wan Amin Wan Hamat A.Aratas A. Burhanuddin,Pakana Selama,Mohd.Nazri Dollah dan Mohd. Arsad Patangari antara 13 tahanan ISA yang dibebaskan hari ini.

TAIPING: Selepas lebih 40 jam diumumkan pembebasan oleh Perdana Menteri baru Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, kesemua 13 tahanan ISA keluar daripada Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting dekat sini menjelang 1.30 tengah hari tadi.

Tiga orang tahanan - rakyat asing, dipercayai telah keluar seawal 10.43 pagi tadi manakala yang lain sebelum 1.30 tengah hari.

Baki 10 tahanan termasuk dua pemimpin Hindraf yang telah diharamkan dibenarkan keluar pusat tersebut antara pukul 1.15 dan 1.20 tengah hari tadi.

V. Ganabatirau dan R.Kenghadharan dibawa keluar dengan kereta Proton berasingan manakala lapan tahanan lain keluar seorang demi seorang melalui pintu kecil lalu menaiki dua buah van yang disediakan di luar pusat tahanan Kamunting.

Kenderaan polis yang membawa Ganabatirau dan Kenghadharan kini sedang dalam perjalanan membawa mereka ke rumah masing-masing di Shah Alam dan Kelana Jaya.

Mereka antara lima pemimpin Hindraf ditahan pada 13 Disember 2007.

Isteri Ganabatirau ketika dihubungi sebentar tadi berkata, dia sedang mengekori kereta polis yang membawa suaminya.

"Saya belum sempat bercakap dengan dia lagi... saya sedang mengikuti kereta yang membawa suami saya, saya tidak tahu sama ada saya boleh menemui suami dalam pertengahan jalan ke rumah kami," kata beliau kepada mStar Online.

Selain pemimpin Hindraf, tahanan lain yang dibebaskan ialah tujuh orang anggota Darul Islam, tiga rakyat asing kerana memalsukan dokumen dan seorang anggota Jemaah Islamiah.

Anggota Darul Islam yang dibebaskan ialah Binsali Omar, A. Artas A. Burhanudin, Idris Lanama, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Pakana Selama dan Mohd Arasad Patangari yang ditahan sejak 2006. Tempoh tahanan mereka sepatutnya berakhir tahun depan.

Tiga rakyat asing pula ialah Sundaraj Vijay (warga India) dan dua warga Myanmar iaitu San Khaing dan Amir Hussain. Mereka ditahan sejak 2007.

Anggota Jemaah Islamiah itu ialah Wan Amin Wan Hamat yang ditahan sejak 2003.

Pusat Kamunting menjadi tumpuan orang ramai termasuk penyokong dan anggota keluarga tahanan-tahanan tersebut.

Bagaimanapun angggota keluarga Darul Islam dan Jemaah Islamiah tidak kelihatan.

BERITA TERDAHULU

Dua pemimpin Hindraf dibebaskan pada pukul 1:20 tengah hari tadi.

Dua pemimpin tersebut, V. Ganabatirau dan R.Kenghadharan dan dibawa ke rumah masing-masing di Shah Alam dan Kelana Jaya.

Sehingga 1:30 tengah hari, kesemua 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak keluar dari Pusat Kamunting.

BERITA TERDAHULU

Pemimpin Hindraf dibebas dengan syarat, kata isteri

13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mula dibebaskan dari Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting dekat sini secara berperingkat-peringkat sejak pagi ini.

Kira-kira 10.43 pagi tadi tiga orang tahanan ISA warga asing kelihatan dibawa keluar dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda dipercayai untuk diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

Tahanan itu termasuk dua pemimpin Hindraf yang dijadual dibebaskan 11 pagi tadi.

Bagaimanapun sehingga 1 tengah hari tadi mereka tidak kelihatan dibawa keluar dari pusat tahanan.

Pembebasan mereka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kelmarin.

Pusat tahanan ini menjadi tumpuan orang ramai selain penyokong Makkal Sakthi dan anggota keluarga tahanan sejak 7 pagi tadi.

Keluarga tahanan kalangan pemimpin Hindraf mula menanti mereka sejak 7.30 pagi lagi.

Dalam pada itu, isteri pemimpin Hindraf,V. Ganabatirau, B. Puvaneswary berkata suaminya akan dibawa ke rumah mereka di Shah Alam.

"Dia (Ganabathriu) tidak akan dibebaskan di Kamunting sebaliknya akan dibawa ke rumah kami di Shah Alam.

"Saya diminta berada di rumah, saya akan ikut kereta polis dari belakang sebaik dibawa keluar dari sini," katanya yang hari ini bersama anaknya berusia empat tahun.

Dia mengharapkan suaminya dibenarkan pulang rumah semalam.

Sementara isteri seorang lagi pemimpin Hindraf, R.Kenghadharan, Dr Kalaivani juga berkata, suaminya akan dibebaskan di rumahnya di Kelana Jaya, Selangor.

Kata beliau, menurut suaminya dia dibebaskan dengan syarat tetapi tidak menyebut apa syarat-syarat tersebut.

Tambah, pengurusan pusat Kamunting telah mengambil nombor telefon dan akan menghubungi "saya sebaik sahaja bila memutuskan untuk membawa keluar."

"Saya akan tunggu di sini hingga suami saya dibenarkan pulang," katanya.

Penyokong dan pengikut Makkal Sakthi juga 'berkhemah' sejak lima jam lalu.

Seorang penyokong mereka pula melakukan 'upacara cukur jambang' meraihkan pembebasan mereka sambil melaungkan "terima kasih Najib" dan "hidup Makkal Sakthi".

Kawalan keselamatan juga diperketatkan.

Bagaimanapun ahli keluarga tahanan ISA lain dibebaskan tidak kelihatan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan Jumaat lalu berkata, selain pemimpin Hindraf, tahanan lain yang dibebaskan ialah tujuh orang anggota Darul Islam, tiga rakyat asing kerana memalsukan dokumen dan seorang anggota Jemaah Islamiah.

Anggota Darul Islam yang dibebaskan ialah Binsali Omar, A. Artas A. Burhanudin, Idris Lanama, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Pakana Selama dan Mohd Arasad Patangari yang ditahan sejak 2006. Tempoh tahanan mereka sepatutnya berakhir tahun depan.

Tiga rakyat asing itu ialah Sundaraj Vijay (warga India) dan dua warga Myanmar iaitu San Khaing dan Amir Hussain. Mereka ditahan sejak 2007. Anggota Jemaah Islamiah itu ialah Wan Amin Wan Hamat yang ditahan sejak 2003.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan