Kabinet: Najib masih berfikir

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MASIH BERFIKIR.. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak masih belum menetapkan siapa akan membarisi Kabinetnya.Foto THE STAR Oleh AZMAN GHANI.
MASIH BERFIKIR.. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak masih belum menetapkan siapa akan membarisi Kabinetnya.Foto THE STAR Oleh AZMAN GHANI.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang dilantik sebagai Perdana Menteri keenam semalam berkata, beliau belum memutuskan barisan Kabinetnya.

“Saya masih memikirkan sehingga saat ini. Fikir dan terus berfikir. Media hanya membuat spekulasi mengenainya (barisan kabinet),”katanya ketika diminta mengulas mengenai barisan Kabinet yang dijangka akan diumumkan pada 8 April ini.

Ditanya apakah ciri-ciri Kabinetnya kelak, Najib bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Dalam perkembangan sama, ketika ditanya adakah Tun Dr Mahathir Mohamad akan dilantik sebagai Penasihat beliau dalam kerajaannya, Najib berkata, beliau belum membuat apa-apa keputusan mengenainya.

"Kami sedia bekerjasama. Saya sentiasa mendapatkan nasihat daripad Tun dari semasa ke semasa. Saya pernah beritahu saya sedia menerima pandangan dan teguran daripada mana-mana pemimpin termasuk Tun Mahathir mahupun Pak Lah.

"Saya tidak kisah jika mereka punya pendapat yang berbeza. Namun ini adalah proses yang intuisif untuk memperkukuhkan Umno dan negara," katanya selepas majlis penyerahan borang keahlian menyertai Umno oleh Tun Dr Mahathir, isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali dan anak mereka Datuk Mokhzani di Seri Satria hari ini.

Sementara itu, Tun Mahathir berkata, beliau sedia bekerjasama dan berkongsi pandangannya dengan Najib sekiranya diperlukan.

Mengenai jawatan dalam Umno atau kerajaan kelak, beliau berkata: "Jawatan-jawatan tak payah la. Kalau nak kerjasama dan peluang untuk memberikan pandangan...saya sentiasa bersedia pada bila-bila masa untuk memulih semula Umno supaya dipercayai oleh rakyat."

Sementara itu ketika ditanya sama ada beliau akan tetap lantang mengkritik pentadbiran Najib sepertimana yang dilakukannya semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Mahathir berkata:

"Saya akan mengkritik setiap kali Umno melakukan kesilapan dan saya yakin beliau mampu membawa Umno ke tahap yang lebih baik seperti zaman ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan