Guan Eng jemput PM ke P.Pinang bincang pembangunan negeri

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Ketua Menteri Lim Guan Eng menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk datang ke Pulau Pinang bagi membincangkan isu pembangunan negeri.

Beliau berkata sebagai sebuah negeri yang menyumbang kepada 30 peratus pendapatan negara, pembangunan di Pulau Pinang tidak boleh diabaikan dan perlu diberi tumpuan supaya dapat terus menjana kekayaan serta kejayaan negara.

"Perdana Menteri ada kata beliau nak berunding dan sembang dengan semua pihak dan Pulau Pinang mahu menjadi negeri yang pertama menjemput beliau datang ke negeri ini untuk berunding supaya kita bersamasama dapat memastikan pembangunan negeri dan negara," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan anugerah kepada 206 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2008 di sini hari ini.

Katanya dengan hati yang terbuka beliau menghulurkan jemputan itu demi manfaat rakyat dan negara serta bersedia menerima sumbangan daripada Barisan Nasional (BN) asalkan ia berlandaskan kepada prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) seperti yang diamalkan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinannya.

Lim berkata peranan Pulau Pinang dalam pembangunan ekonomi negara amat penting kerana selain menyumbang pendapatan negara, 30 peratus pelancong yang datang ke Malaysia bertumpu ke Pulau Pinang.

"Pulau Pinang juga menyumbang 65 peratus kepada pelancongan berasaskan perubatan dan saya berharap Perdana Menteri baru mengambil kira hakikat ini dan terus memberikan peruntukan kepada pembangunan Pulau Pinang," katanya.

Mengenai pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Lim berkata kerajaan sepatutnya membebaskan semua tahanan ISA dan menghadapkan mereka ke muka pengadilan sekiranya mereka telah melakukan kesalahan.

Katanya penahanan manamana individu tanpa bicara adalah bertentangan dengan hak asasi manusia dan agama.

"Walaupun kita gembira dengan keputusan membebaskan 13 tahanan ISA itu, namun kita juga sedikit hampa kerana tidak semua yang dibebaskan. Sebagai bekas tahanan ISA, saya faham bagaimana rasa tahanan lain yang masih merengkok di pusat tahanan sedangkan rakanrakan mereka dibebaskan.

"Saya juga berharap Perdana Menteri akan memansuhkan ISA dan bukan setakat mengkaji Akta itu kerana kita tidak mahu mereka hanya tukar "pinggan tetapi isinya masih sama". Kalau ada ancaman pengganas, gunakan akta lain untuk mendakwa mereka yang dituduh," katanya.

Mengenai larangan kerajaan negeri terhadap akhbar New Straits Times (NST), Lim berkata terpulang kepada akhbar itu untuk memulihkan hubungan dengan kerajaan Pulau Pinang kerana keputusan itu berada di tangan mereka.

"Jika NST boleh memberikan ruang kepada kerajaan negeri untuk membuat penjelasan atau menyangkal laporan yang tidak benar, semuanya akan beres.

Bagaimanapun larangan terhadap Utusan Malaysia bukan dibuat oleh kerajaan negeri tetapi oleh Majlis Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat tahun lepas berikutan tidak puas hati dengan laporan-laporan akhbar itu," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan