UMNO sedia hadapi pilihan raya kecil Penanti

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, pada bilabila masa, kata setiausahanya Datuk Azhar Ibrahim hari ini.

Beliau yang juga ketua pembangkang berkata sudah menjadi tanggungjawab setiap anggota Umno supaya sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil serta mengutamakan kepentingan rakyat dalam semua aspek.

Azhar berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas spekulasi berhubung isu kemungkinan ada pilihan raya kecil DUN Penanti dalam tempoh terdekat, berikutan peletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga exco kerajaan negeri Mohammad Fairus Khairuddin berkuatkuasa Rabu ini.

Mohammad Fairus menjadi ADUN Penanti pada pilihan raya umum ke12, 8 Mac tahun lepas.

Spekulasi mengenai pilihan raya itu dikuatkan lagi dengan penahanan Mohammad Fairus oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kompleks Imigresen Johor pada 25 Mac lepas, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan sebuah syarikat kuari di Seberang Perai.

Bagaimanapun SPRM membebaskan beliau setelah mengambil keterangan bagi membantu siasatan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan