Tun Mahathir umumkan sertai Umno Isnin ini - Mukhriz

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat sentuhan terakhir di Bukit Selambau pada Isnin ini bagi merayu pemilih menyokong calon Barisan Nasional (BN) Datuk S.Ganesan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu Selasa ini.

Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir berkata, bekas presiden Umno itu akan menghadiri Perhimpunan Rakyat di padang Institut Kemahiran MARA di sini pada pukul 5.30 petang, iaitu 15 jam sebelum pemilih mengundi.

Katanya, kehadiran Dr Mahathir dijangka dapat menarik semula sokongan pemilih terutamanya pengundi atas pagar untuk menyokong semula BN.

"Tun (Dr Mahathir) akan bertemu dengan orang ramai dan memberi fokus kepada pengundi atas pagar untuk meminta mereka menyokong BN," kata beliau kepada pemberita selepas melawat pusat mengundi Tasek Apong di sini.

Beliau berkata, Dr Mahathir juga akan mengumumkan penyertaannya semula dalam Umno dan diikuti dengan para penyokongnya termasuk seorang lagi anak beliau Mokhzani yang memohon untuk menyertai semula Umno Bahagian Merbok.

Mengenai seorang penyokong Dr Mahathir, Mej (B) Anuar Abdul Hamid yang bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya kecil itu dan bercadang untuk menyertai semula Umno selepas penyertaan bekas presiden tersebut, Mukhriz berkata, BN telah membuat ketetapan bahawa kerusi DUN Bukit Selambau adalah untuk MIC.

"Kita tetap berkempen untuk menyokong calon BN dan telah membuat ketetapan bahawa kerusi itu diberikan kepada MIC," kata beliau.

Anuar, bekas anggota jawatankuasa Umno Bahagian Merbok, barubaru berkata beliau akan menyertai semula Umno jika Dr Mahathir berbuat demikian walaupun jika terpilih sebagai wakil rakyat DUN Bukit Selambau.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri dijangka membawa kestabilan politik, ekonomi dan kelangsungan sosial.

"Najib akan ikut teladan yang baik oleh ayahnya (Tun Abdul Razak Hussein) yang memegang jawatan Perdana Menteri ketika berlaku krisis politik dalam negara," kata beliau. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan