SPRM tolak kritikan Azalina - Berita Semasa | mStar

SPRM tolak kritikan Azalina

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menolak kritikan Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa suruhanjaya itu lembab dan sengaja melengahkan siasatan berhubung dakwaan rasuah politik membabitkan beliau.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdul berkata SPRM tidak pernah melewatlewatkan siasatan seperti yang didakwa sebaliknya menjalankan siasatan dengan penuh profesional dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Siasatan kita belum sampai sebulan lagi, takkanlah dalam tempoh sependek itu, SPRM dikatakan lembab menjalankan siasatan.

"Ingin saya tegaskan, kami mempunyai tatacara dan prosedur yang perlu mengikut landasan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan, justeru adalah tidak benar jika SPRM dikatakan lembab," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Azalina yang disiasat berhubung dakwaan terlibat dalam rasuah politik dan menyalahguna kuasa dalam pengagihan projek kementerian itu, semalam mendakwa SPRM kini dilihat seperti berdiam diri.

Selain meminta agar siasatan itu dipercepatkan, Azalina juga mahu agar kes itu digugurkan sahaja sekiranya tiada bukti yang membabitkannya.

Pada 12 Mac lepas, akhbar melaporkan SPRM merampas sejumlah fail dan menyoal siasat beberapa pegawai Kementerian Pelancongan bagi membantu siasatan berhubung rasuah politik dan salah guna kuasa dalam pengagihan projek kementerian itu.

Dua pegawai kanan Azalina turut ditahan SPRM tetapi dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.

Shukri berkata berkata setiap kes yang disiasat oleh SPRM perlu dilakukan dengan terperinci, teliti dan adil sebelum tindakan seterusnya diambil. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan