PKR sifatkan penarikan larangan Suara Keadilan kejayaan terbesar Pakatan - Tian Chua

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua menyifatkan penarikan semula penggantungan lesen akhbar Suara Keadilan, Harakah dan pembebasan 13 tahanan ISA termasuk 2 pemimpin Hindraf sebagai kejayaan terbesar Pakatan Rakyat.

"Saya mengalu-alukan penarikan semula penggantungan akhbar kami. Tapi inilah kejayaan kita yang paling besar. Akhirnya, kerajaan tunduk pada desakan kita," katanya kepada mStar Online hari ini.

Beliau berkata tindakan yang diambil oleh Najib adalah sebahagian daripada usaha untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelang 3 pilihan raya kecil yang akan berlangsung serentak pada 7 April ini.

"Ini usaha terakhir mereka (BN) untuk menarik semula sokongan rakyat terutamanya pengundi-pengundi di ketiga-tiga kawasan pilihan raya.

"Kita mengharapkan pembaharuan yang tulen dan bukan cakap kosong semata-mata. Kita harap beliau (Najib) akan cepat melaksanakan apa yang diumumkan hari ini.

"Seperti yang kita ketahui Akta Keselamatan Dalam Negeri sepatutnya telah lama dihapuskan kerana ia melanggar hak asasi manusia" katanya.

Tambah beliau, perkara yang dilakukan oleh Najib ini tidak akan menggugat sokongan rakyat kepada Pakatan.

Beliau turut menasihatkan semua pihak agar berhati-hati dengan agenda yang sedang dilakukan oleh BN.

Tian Chua yang juga ahli Parlimen Batu mengesahkan, akhbar rasmi parti itu, Suara Keadilan akan kembali diterbitkan pada minggu hadapan.

Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan lembaran baru pentadbirannya sebagai Perdana Menteri dengan membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), serta mengkaji semula akta yang sekian lama dianggap kontroversi.

Dalam ucapan sulung selepas mengangkat sumpah menerajui negara, Najib juga menarik balik larangan penerbitan akhbar lidah rasmi Pas, Harakah, dan Suara Keadilan (Parti Keadilan Rakyat) yang digantung permit bulan lepas.

Daripada 13 orang itu, dua orang merupakan pemimpin Hindraf yang telah diharamkan.

Dua pemimpin Hindraf itu ialah, V.S. Ganapathy Rao and R. Kengadhedharan.

Mereka dibebaskan serta-merta.

Pada 23 Mac lalu, Kementerian Dalam Negeri telah menggantung permit dua akhbar parti pembangkang iaitu Harakah d Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan