Nizar dibenar cabar Zambry sebagai MB

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini diberi "lampu hijau" oleh Mahkamah Tinggi di sini untuk mencabar kesahihan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Ini berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Ferubari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah.

Hakim Abdul Aziz berkata bahawa semasa hujahan, kedua-dua pihak iaitu peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar, dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Said yang mewakili Pejabat Peguam Negara, bersetuju bahawa keputusan Sultan Azlan Shah melantik Dr Zamry sebagai Menteri Besar dan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak tidak boleh dihakimi, tetapi Mohammad Nizar dalam permohonannya tidak mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Sultan Azlan Shah cuma mempersoalkan mengenai kesahihan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar.

Hakim Abdul Aziz menetapkan Rabu depan untuk pengurusan kes itu dan memerintahkan Sulaiman supaya memfailkan dokumen yang sedia ada dan juga yang baru antaranya afidavit kepada mahkamah selewatlewatnya Selasa depan.

Mohammad Nizar, yang tidak hadir hari ini, memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih menteri besar yang sah selain memohon injunksi melarang Zambry daripada menjalankan tugas sebagai menteri besar.

Beliau memohon bagi mendapatkan tafsiran Perkara 16 (6) UndangUndang Tubuh Kerajaan Perak sama ada jawatan menteri besar boleh dikosongkan disebabkan menteri besar telah menasihatkan Sultan supaya membubarkan dewan undangan negeri; tidak berlaku sebarang pembubaran dewan; tiada usul tidak percaya terhadap beliau pada persidangan dewan; dan beliau tidak meletak jawatan.

Sulaiman memberitahu pemberita bahawa soal Mohammad Nizar derhaka kepada Sultan Azlan Shah tidak timbul kerana Mohammad Nizar tidak pernah mempersoalkan kuasa sultan.

Kamaludin pula berkata beliau akan mendapat arahan lanjut daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sama ada untuk membuat permohonan sebagai pencelah semasa perbicaraan kes itu atau pun memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Hakim Abdul Aziz merupakan hakim ketiga yang mendengar permohonan Mohammad Nizar selepas Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof menarik diri daripada mendengar kes itu.

Kemudian kes itu didengar di hadapan Hakim Lau Bee Lan. Selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan kes Mohammad Nizar dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi, kes itu kemudiannya didengar di hadapan Hakim Abdul Aziz.

Hakim Abdul Aziz dalam penghakimannya juga berkata mengikut prinsip undangundang yang diputuskan Mahkamah Persekutuan, permohonan kebenaran boleh diberi jika mahkamah mendapati secara jelas isu yang dipertikaikan mempunyai merit untuk dihujahkan.

"Dalam permohonan ini mahkamah mendapati ada kes prima facie yang boleh dihujahkan. Sehubungan itu, mahkamah ini terikat dengan prinsip undang-undang yang diputuskan oleh mahkamah tertinggi negara ini," katanya.

Hakim Abdul Aziz juga bersetuju dengan hujahan Sulaiman bahawa Mohammad Nizar, dalam permohonannya juga menyebut tentang quo warranto (cara mana) bagi Zambry menunjukkan sebab di bawah kuasa mana beliau (Zambry) dilantik menjadi menteri besar yang sah. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan