Nik Aziz mahu kerjasama lebih erat

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap Kelantan dapat menjalin kerjasama lebih erat dengan kerajaan pusat apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri kelak.

Malahan, Mursyidul Am Pas itu menaruh harapan satu perubahan positif akan berlaku dengan kerajaan negeri Kelantan tidak lagi dianaktirikan oleh kerajaan persekutuan sehingga wujudnya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan.

"Saya tidak mahu Kelantan terus dianaktirikan (oleh kerajaan persekutuan) seperti sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kolej Teknologi Darulnaim (KTD), Pengkalan Chepa, dekat sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menghadap Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di Kuala Lumpur bagi menyerahkan surat melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memohon perkenan Seri Paduka untuk melantik Najib sebagai penggantinya.

Najib dijadual mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana Negara esok.

Nik Abdul Aziz berkata beliau masih belum dapat menerima tujuan kewujudan JPP di Kelantan sejak PAS mengambil alih pentadbiran negeri ini pada 1990.

Sementara itu, Nik Aziz berkata secara peribadi, beliau mempunyai beberapa kenangan manis sepanjang Abdullah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Katanya Abdullah dan Najib turut melawat beliau semasa dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) tahun lalu.

"Terima kasih banyak-banyak, Perdana Menteri baru (diharapkan) dapat bawa perubahan bukan saja kepada negeri ini, tetapi seluruh negara," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan