Najib maklumkan perkembangan terkini menerusi blog

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Perdana Menteri yang baru dilantik Datuk Seri Najib Tun Razak juga merupakan seorang penulis blog yang memberikan perkembangan terkini mengenai program harian beliau menerusi www.1malaysia.com.my, dengan berita terkini mengenai peristiwa bersejarah penyerahan tugas di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Beliau telah memanfaatkan media baru itu dengan turut memuatkan berita dan mesej video di YouTube, protal perkongsianvideo sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Menerusi laman web itu, Najib turut menggunakan Twitter, perkhidmatan rangkaian sosial yang membolehkan pengguna menghantar khidmat pesanan ringkas (SMs) di antara satu sama lain.

Orang ramai boleh mengikuti kenyataan rasmi pertama beliau sebagai perdana menteri yang baru di laman blog beliau hari ini.

"Sokongan padu rakyat Malaysia telah dipamerkan terhadap mesej mengenai perpaduan dan toleransi yang telah banyak memberikan maklumat kepada saya dan akan memainkan peranan besar dalam membangunkan hubungan antara kerajaan dan warganegara kami," kata Najib dalam laman blognya.

Hari ini, Najib mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia, dalam peralihan kuasa yang dirancang dengan rapi selama setahun. Beliau mengambil alih daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang melepaskan jawatan itu selepas lebih lima tahun menjadi perdana menteri.

Najib berkata pelaksanaan pelbagai program, mengikut konsep "Satu Malaysia' akan dapat menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini melalui satu kaedah.

Konsep itu, katanya akan dilaksanakan secara tersusun dan sistematik bagi memastikan tiada masyarakat tertinggal daripada semua jenis pembangunan.

Sejak dilantik sebagai Presiden Umno pada 26 Mac di Perhimpunan Agung Umno, Najib turut meluangkan masa melawat syarikat akhbar berbahasa Cina terbesar negara, Sin Chew Daily. Lawatan itu adalah atas inisiatif pejabatnya.

Pada lawatan itu, Najib memberitahu Sin Chew Daily yang beliau berharap untuk melakukan lawatan rasmi ke China, sempena ulangtahun ke-35 lawatan ayahandanya allahyarham Tun Abdul Razak Hussein ke negara itu.

Tun Abdul Razak yang merupakan perdana menteri kedua melawat China pada 1974 untuk menjalin hubungan diplomatik.

Laman blog Najib kini semakin popular berikutan beliau turut berkongsi pemikiran dan aspirasi beliau dengan orang ramai menerusi laman web itu.

Hari ini, ucapan tahniah bertaliarus masuk dan dipaparkan dalam laman web beliau. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan