Musa Hassan nafi polis bantu BN di Bukt Gantang

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING:Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menegaskan bahawa kehadiran pasukan polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Changkat Ibol petang semalam adalah untuk mengawal keadaan keselamatan di situ, bukannya mengawal petugas Barisan Nasional (BN) sebagaimana didakwa PAS.

"Kami hanya memantau. Kalau kita tengok keadaan sesuatu tempat itu akan menimbulkan keadaan yang tegang, kita akan hadir di situ...kami tak iringi manamana parti politik," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau diminta mengulas dakwaan timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa hari ini kononnya anggota FRU digunakan untuk mengawal petugas BN yang memasang bendera parti itu di Changkat Ibol, iaitu kawasan kubu kuat PAS, di sini petang semalam.

Sementara itu, Musa berkata polis telah membuat persediaan untuk menghadapi apa jua keadaan dan memastikan keadaan terkawal dan selamat untuk pengundi di Bukit Gantang keluar mengundi.

"Insya-Allah kalau semuanya ikut undang-undang tidak akan ada apaapa masalah yang akan timbul," katanya.

Nasharudin, pada sidang akhbar di Markas PAS di Air Kuning di sini, hari ini mendakwa PAS mempunyai bukti bergambar tentang kejadian di Changkat Ibol itu dan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana perbuatan itu adalah penyalahgunaan agensi kerajaan.

Ketika dimaklumkan seorang pemberita bahawa kehadiran FRU itu disebabkan kekecohan yang berlaku antara penyokong PAS dan BN ketika memasang bendera di kawasan itu sebelumnya, Nasharudin berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara itu.

Mengenai kemungkinan Tun Dr Mahathir Mohamad membantu calon berkempen pada pilihan raya kecil itu, Nasharudin berkata bekas perdana menteri itu tidak akan menjejaskan strategi kempen PAS di situ. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan