Khutbah Jumaat: Rakyat diseru hargai pengorbanan mantan Perdana Menteri

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERALIHAN KUASA SECARA AMAN  yang berlaku antara bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (kiri) dan Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dihargai oleh rakyat di negara ini -foto BERNAMA
PERALIHAN KUASA SECARA AMAN yang berlaku antara bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (kiri) dan Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dihargai oleh rakyat di negara ini -foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Peralihan kuasa secara aman antara Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap hadiah yang amat berharga daripada seorang pemimpin berjiwa besar kepada rakyat.

Dalam khutbah yang dibacakan di seluruh negara pada solat Jumaat hari ini, rakyat Malaysia diseru supaya menghargai pengorbanan mantan Perdana Menteri Abdullah kerana tindakan beliau untuk memastikan kestabilan negara terus kukuh dan rakyat boleh meneruskan kegiatan ekonomi dan beribadah secara aman.

"Mimbar ini amat yakin peralihan kuasa secara aman dianggap sebagai langkah bijak demi menjaga masalah negara dan masa depan umat Islam," menurut teks khutbah tersebut yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang difaks kepada Bernama.

Kandungan khutbah itu menyatakan bahawa berdasarkan sejarah politik negara, peralihan kuasa secara aman bukanlah perkara baru tetapi sebenarnya telah menjadi budaya di negara ini.

"Banyak negara kagum dengan tradisi peralihan kuasa di Malaysia tanpa ada kekecohan besar walaupun rakyat terdiri daripada berbilang kaum dan berlainan agama."

Selain itu, umat Islam juga diingatkan bahawa jawatan pemimpin tidak boleh dianggap sebagai satu keistimewaan kerana ia boleh menjejaskan tumpuan dalam memberi perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat.

"Islam melihat seorang pemimpin itu ibarat wakil atau pemberi khidmat kepada rakyat manakala rakyat pula berhak untuk menasihati seseorang pemimpin," menurut khutbah itu. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan