Kenyataan 'kejutan' Anwar di Bukit Selambau esok - Berita Semasa | mStar

Kenyataan 'kejutan' Anwar di Bukit Selambau esok

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Ketika kempen pilihan raya kecil serentak kini memasuki peringkat kritikal, Pakatan Rakyat berkata Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan "membuat pengumuman mengejutkan" menyentuh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak esok.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sehingga kini belum membuat ucapan kempen pilihan raya yang mampu menarik fokus pengundi dijangka mengeluarkan kenyataan mengejutkan di Bukit Selambau malam esok.

Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution menyatakan demikian ketika ditanya sama ada Ketua Pembangkang itu akan membuat apa-apa pengumuman mengejutkan berkaitan individu yang bakal keluar Barisan Nasional.

Kempen tiga pilihan raya kecil serentak sedang berlangsung bermula Ahad lalu manakala pengundian adalah pada Selasa ini.

Anwar telah melawat sekali masing-masing ketiga-tiga kawasan - Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai dijadual kembali ke Bukit Selambau malam ini.

Beliau dijadual menyampaikan dua ceramah di Bukit Selambau malam ini dan esok.

Kenyataan Saifuddin, Ahli Parlimen itu muncul ketika Najib yang pagi tadi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang keenam.

Minggu lalu Pakatan Rakyat telah menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong meminta Najib tidak dilantik sebagai Perdana Menteri.

"Pengumuman esok berdasarkan reaksi awal yang kami terima berkaitan pelantikan beliau (Najib)," katanya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan