JAIP larang ahli politik ceramah di masjid

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor hari ini mengingatkan ahli-ahli politik tidak menggunakan masjid dan surau untuk memberi ceramah politik.

Katanya, amalan ini amat bertentangan dengan status dan kedudukan masjid dan surau yang mulia sebagai rumah Allah.

Amalan ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang-orang Islam sendiri, katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini.

Ia juga menyalahi Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 dan KaedahKaedah Pegawai Masjid 1998.

Beliau berkata, sekiranya tidak ditegah ia akan mendatangkan akibat buruk dan boleh menjejas umat dan agama Islam itu sendiri.

Beliau juga mengingatkan semua pihak yang bukan Pegawai Masjid adalah tidak dibenar menyampaikan khutbah Jumaat, ceramah atau mengajar agama di masjid-masjid atau surausurau.

Di samping itu, pegawaipegawai masjid hendaklah juga menyampaikan khutbah yang telah disediakan teksnya oleh JAIP, katanya.

"Mana-mana pihak yang melanggar arahan ini adalah melakukan kesalahan mengikut Kaedah-kaedah Pegawai Masjid 1998 dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004," katanya.

Tindakan sewajarnya akan diambil ke atas pihak yang terlibat, kata beliau. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan