PNSB belanja RM1.7 juta untuk lawatan Khir Toyo ke Perancis, Morocco

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) membelanjakan hampir RM1.7 juta untuk membiayai lawatan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo dan beberapa pegawai kerajaan negeri yang lain ke Perancis dan Morocco pada tahun 2004. Senarai perbelanjaan itu termasuklah perbelanjaan isteri Mohd Khir, Datin Seri Zaharah Kechik, tiga anak mereka serta seorang orang gaji Indonesia.

Ketua Pegawai Operasi PNSB, Datin Khairiyah Abu Hassan mendedahkan perkara tersebut dalam siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) semalam.

Khairiyah berkata, berbanding pegawai lain, bekas Menteri Besar Selangor itu membelanjakan RM81,723, manakala RM366,000 dibelanjakan untuk membuat tinjauan sebelum rombongan rasmi tiba dan RM 2,300 dibelanjakan untuk membayar tiket kelas ekonomi pembantu rumahnya.

Bagi persinggahan Mohd Khir dan keluarga ketika transit di Dubai pula membabitkan perbelanjaan sebanyak RM10,000.

Dalam inkuiri terbabit, Khairiyah mendedahkan PNSB telah membelanjakan RM 750,000 untuk membiayai perbelanjaan Mohd Khir ke Amerika Syarikat pada Disember 2007 termasuk percutian ke Orlando Disneyland.

Sementara tambahan RM110,000 pula dibelanjakan oleh bekas Menteri Besar Selangor itu ketika tinggal selama tujuh malam di sebuah hotel terkemuka di Honolulu, Hawaii.

Dalam percutian tersebut, Mohd Khir dan keluarganya telah menaiki penerbangan kelas pertama.

Khairiyah menambah, Mohd Khir yang juga ADUN Sungai Panjang itu turut melawat Pantai Miami, Los Angeles dan Kennedy Space Center dalam lawatannya ke Amerika Syarikat.

Ketika ditanya mengapa lawatan tersebut diadakan ketika musim cuti persekolahan, Khariyah berkata, Mohd Khir yang juga PNSB telah memilih tarikh berkenaan.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Selcat, Teng Chang Khim berkata, Mohamad Khir dan isterinya, akan dikenakan tindakan kerana gagal hadir untuk memberi keterangan pada sesi Pendengaran Awam Terbuka yang membabitkan isu Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis).

Selain digantung keahlian, elaun Mohamad Khir sebagai ADUN turut akan ditarik balik sementara isterinya yang menjadi bekas Yang Dipertua Balkis pula akan dikenakan tindakan undang-undang atas alasan melanggar perintah dewan.

Teng yang juga ADUN Sungai Pinang berkata, laporan polis tetap akan dibuat terhadap Mohamad Khir dan isterinya melalui Setiausaha DUN Selangor selepas tamat Selcat kerana Mohamad Khir dan isterinya gagal menghadiri sidang inkuiri tersebut.

Menurut beliau, tindakan akan diambil mengikut amalan dalam DUN Selangor, di mana jika ada mana-mana ahli yang telah melanggar hak dan kebebasan dewan dan mereka boleh didakwa oleh Jabatan Peguam Negara.

Mohamad Khir dan isteri adalah antara 11 yang dipanggil untuk memberi keterangan berhubung isu Balkis kepada Selcat.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan