Perkembangan peralihan kuasa

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERKEMBANGAN peralihan kuasa hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Negara pagi ini.

6:30 PETANG: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri keenam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia oleh Najib di hadapan Seri Paduka Baginda akan diadakan di Istana Negara 10 pagi esok.

5:15 PETANG: Abdullah diraikan dalam majlis perpisahan dengan Perbarisan Kawalan Kehormatan dari Regimen Askar Melayu Diraja sempena dengan upacara perpisahan beliau sebagai Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan.

Perbarisan tersebut melibatkan seramai tiga pegawai dan 103 lain-lain pangkat yang diketuai oleh Mejar Norhisyam Kamar.

12:10 TENGAH HARI: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meninggalkan perkarangan istana. Beliau hanya melambaikan dan tersenyum kepada kepada wartawan dan jurugambar.

11:25 PAGI: Najib tiba di istana dengan menaiki Proton Perdana rasminya bernombor WRP 11.

10:55 PAGI: Abdullah meniggalkan perkarangan istana. Kereta rasmi yang membawa beliau tidak berhenti sebaliknya, sebaliknya Abdullah hanya melambaikan tangan kepada wartawan menunggu di luar perkarangan istana.

10PAGI: Abdullah tiba di perkarangan Istana untuk menghadap Agong dengan menaiki Proton Perdana rasminya bernombor WCH 13.

Bagaimanapun beliau tiba seorang diri dan timbalannya, Najib dijadual tiba bila-bila masa dari sekarang.

Semalam, Najib dalam satu sidang media mengesahkan beliau akan mengiringi Perdana Menteri untuk menghadap Agong hari ini.

"Jika mendapat perkenan Tuanku, Jumaat ialah harinya (beliau mengambil alih jawatan perdana menteri),"katanya.

9:30 PAGI: Kira-kira 70 petugas media dari dalam dan luar negara mula berkumpul di Istana Negara menunggu ketibaan Perdana Menteri. Abdullah dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada pukul 10 pagi ini bagi memohon perkenaan Baginda berhubung isu peletakan jawatannya.

Bagaimanapun, hanya wartawan media rasmi dari Bernama, Radio Televisyen Malaysia dan Filem Negara dibenarkan masuk dan menunggu di perkarangan istana.

Wartawan dari media lain hanya dibenarkan menunggu di pintu masuk istana.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual turut mengiringi Abdullah menghadap Tuanku Mizan.

Sementara itu, upacara angkat sumpah Perdana Menteri keenam, akan berlangsung esok di Balai Rong Seri Istana Negara pada pukul 10 pagi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan